Review

Pencuci Pakaian Jenis Kepingan Film Bersih Dan Selamat

Assalamualaikum. Macam nak kerat dua jer badan. Kejap yang tu panggil, kejap yang ni panggil. Seluar pun dah longgar, tak makan tengahari lagi..eh, kurus ke?

Badan memang tak cukup rehat. Dari balik Family Day di Cherating, sambung program di Hotel Quality, balik kampung sambut raya aidiladha dan lusa lagi sekali akan balik kampung. Baju-baju dalam beg berslilih ganti, sampaikan ada yang tak sempat nak cuci. Pandang sepi baju-baju kotor yang mengalahkan ketinggian gunung kinabalu.

Zing + Detergent Film

Tetap kena cuci juga baju lebih lagi baju sekolah anak-anak yang dipakai hari-hari. Tangan dahlah menggerutu gara-gara sabun pencuci. Tapi terpaksa bertahan semata-mata nak hilangkan kotor pada baju sekolah anak-anak. Hari-hari mahu menjerit tengok baju sekolah anak dah rupa macam belacan. Pakai sabun biasa, pakai mesin basuh mana nak hilang. Kena cuci dengan tangan barulah bersih. Nasib baik ada Zing Detergent Film ni, mudah kerja. Rendam kejap, gosok pakai tangan hilang segala rupa belacan.

Biasanya mana-mana pencuci pakaian dalam bentuk serbuk, buku atau cecair. Ini kali pertama pencuci pakaian dalam bentuk kepingan yang MamaEma jumpa. Ciri fizikal Zing Detergent Film seperti foam tu. Bau pun sedap..wangi sangat.

Cara-Cara Penggunaan

Mudah. Sama juga dengan basuhan serbuk pencuci yang lain. Yang lain sukat pakai sudu, tapi dengan Zing Detergent Film letak ikut sukatan keping. Lepas tu biarkan mesin basuh jalankan kerja sampai habis.

 

 

Kenapa Pilih Zing Detergent Film

 

Ringan sikit tugas MamaEma di rumah bila ada Zing Detergent Film ni. Balik kejap lagi, akan ku sambung mencuci baju yang masih menggunung tu. Sakit mata tengok. Jadi, yang mana nak cuba pencuci ini boleh terus hubungi  Cik Ros Farina di  +012 235 0657. Okey, selamat mencuba.

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

9 Comments

  1. Best guna Zing+ ni sental kotoran degil kat kolar baju sekolah anak, hilang semua!
    mas saari recently posted…Lebihkan sikap prihatin tu!My Profile

  2. Wow, ada dalam bentuk kepingan ya

    nampak macam kertas tisu pun ada
    Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Untuk Darah Tinggi. Kawal Tekanan & Elak Stroke Sekarang!My Profile

  3. Mama dulu pakai cecair sabun pencuci jenis cecair

    lepas tu pakai jenis serbuk sebab tahan lagi lama

    sampai sekarang pakai jenis serbuk

    cuma kena pastikan larut, kalau tak bertompok tompok
    Mama Hakim recently posted…18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!My Profile

  4. tak tahu pula ada sabun jenis kepingan

    menarik tu

    boleh cuba ni
    Ibu Zaid recently posted…Keputihan semasa mengandung & 8 Cara hilangkan yang berkesanMy Profile

  5. Macam macam jenis sabun ada sekarang nih.jenis kepingan pula. Boleh cuba utk rasa kesan guna sabun jenis kepingan nih

  6. Pencuci pakaian dalm bentuk kepingan. Menarik juga produk zing detergent ni. Antara ciri-ciri yang paling digemari suri rumah ialah selamat dan mesra alam.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna Ameer Bukan Ubat Rawat PenyakitMy Profile

  7. unik la benda ni,macam best je bawa travel
    sueizza recently posted…Femilac untuk tambah susu badan ibu menyusu.My Profile

  8. Sabun pencuci Zing+ ninmemang best kalau bawak travel.. Tak risau sabun tumpah pastu kotorkan pakaian yang kita bawa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge