zco supermarche

ZCO Market Another Supermarche in Conakry

Sejak ZCO Market dibuka, dah jarang pergi ke supermarket Imperial, Continental dan City Market.

Sebabnya kat ZCO Market pun ada barang halal.. lagi dekat dengan rumah.

Laluan hari-hari ke tempat kerja.

Ada barang yang lebih murah ada juga yang lebih mahal dari market lain.

Beza pun tak banyak.

Benda yang selalu aku beli kat ZCO ni, ayam organik halal.

Ada juga beli kambing dan daging segar.

Sebelum beli, ada tanya ‘HALAL’.

Yang menjawabnya “Bismililah” sambil buat gaya potong leher.

So, adalah keyakinan kat situ.

zco market

Bertambah yakin, tiada pork kat sini

Beza kat supermarket lain, sebelah menyebelah jer pork dengan daging halal.

daging halal guinea

Kebanyakan mana-mana market kat sini tutup pada hari Ahad yer.

Market kat sini tak adalah besar mana.

Barang yang ada pun barang mandian, pencuci, makanan dalam tin dan jajan.

Semuanya barang siap pack dan sejuk beku.

Stationery pun payah nak jumpa.

Sayur, bawang, halia kena cari kat kedai tepi-tepi jalan atau China Gate.

Kunyit hidup pun aku tak jumpa lagi kat sini.

Kalau ikutkan, pergi kedai-kedai biasa jer lagi murah sebenarnya.

Contoh minyak masak, gula, lagi murah dari beli di supermarket ni.

Tak pandai berkomunikasi French pun, boleh jer jual beli.

Tunjuk harga dengan kalkulator.

Cuma, kena tahu harga di supermarket tu berapa.

 

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “ZCO Market Another Supermarche in Conakry

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge