Definisi Zakat Pelaburan
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.
Dalil Wajib Zakat Pelaburan
Dalil dan hujah mengeluarkan zakat pelaburan adalah seperti berikut
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)
Sabda Rasulullah s.a.w:
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Dalil Athar
Sabda Rasulullah s.a.w:
Daripada Abi ‘Amr Ibnu Himas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”
(Hadis riwayat Syafi’I, Daruqutni, dan Baihaqi)
Syarat Wajib Zakat Pelaburan
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Islam
diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja. - Milik Sempurna
mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan. - Milik Pihak Tertentu
saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat. - Cukup Nisab
Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat. - Cukup Haul
Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan. - Halal
Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.
Cara Pengiraan / Method of Calculation
Zakat Pelaburan tidak tersenarai dalam Syarikat Persendirian, Koperasi dll.
Bagi zakat saham yang dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:
Zakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak membayar zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.
Senario 1: Syarikat Membayar Zakat
Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
- Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
- Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan
Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat
Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.
Contoh Taksiran
Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.
- Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
- Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
- Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500
Anda boleh buat pengiraan zakat pelaburan di https://www.zakatselangor.com.my/zakat-saham/
Kempen Zakat Saham
Lembaga Zakat Selangor kini sedang menganjurkan Kempen Zakat Saham bermula 15 September hingga 30 November 2020
Syarat Penyertaan
Terbuka kepada semua pembayar yang membuat bayaran zakat saham di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sahaja.
Wargakerja LZS tidak layak menyertai kempen ini.
Hanya satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta dengan jumlah bayaran zakat saham adalah bawah RM50000.
Tempoh kempen bermula 15 September hingga 30 November 2020
Peserta mestilah membuat bayaran zakat saham dan memenuhi semua kriteria yang
dinyatakan dan menjawab semua soalan dengan betul bagi melayakkan diri dalam penyertaan
Cara Penyertaan
- Buat bayaran zakat melalui platform zakatselangor.com.my atau di 23 Cawangan LZS atau di Semua ejen kutipan LZS.
- Selepas membuat bayaran Zakat Saham, sila imbas QR kod atau layari bit.ly/zakatsaham20202
- Jawab soalan mudah yang disediakan & lengkapkan makluman diri anda. anda mestilah menjawab kesemua soalan di bawah dengan betul serta mengi isi maklumat anda dengan lengkap.
Keputusan penganjur adalah muktamad dan hadiah mestilah dituntut dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemakluman.
Sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, boleh
berhubung di:
Website: Lembaga Zakat Selangor
Hubungi: 03-8314 2312 (Afzalika)/03-8314 2222(Lembaga Zakat Selangor)
Whatsapp: 011-2075 4557 (Afzalika)

Terbaik LZS, moga umat Islam yang ada buat pelaburan saham cakna mengenai hal ini👍🏻
Selama ni kita tahu zakat harta zakat fidyah zakat emas perak dan beberapa zakat yang lain lagi. Zakat Saham ni tak berapa tahu sangat. Alhamdulillah bila dapat baca perkongsian info macam ni boleh la tambah pengetahuan.
menarik info ni. Jelas….