weekend

Weekend Day.
kalau dari awal lagi tahu hari selasa cuti dah tentu ambik cuti hari ini. macam mana boleh lupa ni. selalunya akulah orang pertama yang menghitung cuti. tapi nasib baik aku tak ambik cuti, member satu bilik ni pulak yang mc.

hari ahad semalam adalah banyak sikit tempat jalan-jalan bawa anak makan angin naik kete. tidaklah macam selalu duduk melepak kat rumah saja. mr. ery ada janji dengan kawannya nak tolong kawan lagi satu angkat barang. baru pindah rumah. sebelum tu singgah dulu kat tempat kerja lama mr. ery. sebab memang dah janji nak jumpa kawannya kat situ.

sambil menunggu si kawan mr. ery tu sampai, kitaorang pergi kat kolam ikan ni. besar sungguh kolamnya. ikan pun segar bugar sekali. banyak giler. tangkap pakai tangan je boleh. kalaulah boleh tangkap…kalau tak duduklah dalam lokap.

kebetulan ada pakcik yang memang kenal mr. ery. so dia bagi peluang kitaorang bagi makanan kat ikan2 ni.

sian sungguh ikan-ikan ni semua. agak2 sangat kelaparan kot….

kakak sedang tangkap rama-rama. tapi tak dapat pun…

si aqeel dah masam muka…. time tidur ni….

punyalah susah nak bergambar dengan diaorang ni. tarik yang sorang..pergi pula yang sorang lagiii….

dan akhirnya dapat juga..walaupun dalam keadaan terseksa…

lepas jumpa kawan mr .ery, teruslah bergerak ke Bandar Seri Mahkota sana. pastu terus pergi ke kenduri anak kawan mr. ery lagi. kawan kat tempat kerja lama juga. walaupun dah bertukar tempat kerja, still lagi diaorang ni berhubung. begitulah bila kerja elok, orang akan mengingati dan menghargai kita. mungkinkah ada peluang untuk kembali ke tempat lama ini???

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge