Mereka merompak “perasaan selamat” saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Cerita selanjutnya klik kat SINI
Perkara sebegini pernah terjadi kepada kami sekeluarga. Perompak masuk ke dalam rumah semasa kami nyenyak tidur di dalam bilik. Kejadian kami tidak berlaku seperti apa yang Wardina itu alami.
Syukur Alahmdulillah, kami semua selamat. Perompak itu tidak masuk ke dalam bilik kami. Satu pagi, saya bangun seperti biasa untuk pergi kerja. Saya keluar dari bilik terus ke bilik mandi. Selepas keluar dari bilik mandi dan siapkan diri. Saya cari handbag untuk mengambil barang.
Tapi handbag saya tidak kelihatan di atas meja makan seperti biasa. Saya cari pula di dalam bilik tidur. Tiada. Terus rasa tidak sedap hati, saya tengok pada pintu utama tidak berkunci dari dalam dan tombolnya juga tidak dikunci. Apa yang buat saya lagi tidak sedap hati bila tingkap sebelah pintu utama terbuka luas.
Saya terus kejutkan mr. ery. Dia periksa wallet di dalam poket seluar yang dia pakai malam sembelumnya. Hilang. Mr. ery buka pintu dan gril (gril rumah jauh sikit sebab ada ruang untuk letak motor). Jumpa kad-kad berteraburan di sebelah kereta. Jumpa handbag saya dan jumpa wallet mr.ery. Kad-kad bank dan IC ada, yang hilang hanya beberapa RM saja.
Bila masuk rumah balik, teringat laptop di bilik sebelah dan ruang tamu. Dua buah laptop disambar juga termasuk laptop pejabat (2 tahun nak selesaikan kes laptop pejabat hilang).
Semasa mencari barang hilang di luar rumah, terjumpa satu handbag dan kad orang lain (kad pelajar). Rumah mereka pun dimasuki perompak yang sama dan pada malam yang sama.
Walaupun kami tidak dikejutkan oleh perompak-perompak itu. Perasaan takut tetap ada.
Orang cakap, perompak ini menggunakan ilmu pukau sebelum mereka masuk ke dalam rumah. Tuan rumah tak akan sedar apa-apa…tak tahulah betul atau tidak.
Kepada Kak Wardina Safiyyah : Semuga Kak Wardina sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini Syukur Alhamdulilah mereka tidak diapa-apakan.