Assalamualaikum. Penatnya hari ini, bukan sebab monday blues tapi atas sebab perlu siapkan kerja untuk program esok dan lusa. Ke mana kita esok? Esok kita pergi tempat sejuk. Mereka-mereka semua dah bergerak, MamaEma saja still di pejabat untuk menyiapkan kerja.
Bila otak dan badan bekerja kuat, maka sistem imunisasi dalam badan pun tidak teratur. Di luar nampak sihat, tapi di dalam badan siapalah yang tahu. Malah tuan empunya badan pun tidak terasa selagi badan boleh buat kerja. Betul tak? Macam minggu yang lepas, program untuk dua hari yang sangat pack. Kerja hari ini sehingga esok tanpa henti, bila pergi check tekanan darah, dapat yang result tak cantik. Sekali tumbang, terus masuk wad. Tapi Alhamdulillah, tidak pernah lagi alami.
Baru-baru ini MamaEma pergi event yang dianjurkan oleh Vitacare Pharmacy di Midvalley. Di sana MamaEma diberi penerangan tentang kesihatan badan terutama yang melibatkan perjalanan darah dalam badan kita. Secara luaran nampak sihat, tapi bila buat pemeriksaan darah sebenarnya dalam badan tidak sihat.
Lihatlah sendiri result darah MamaEma. Banyak negatifnya. Segala jenis toksin ada dalam badan.. Siapa sangka. Tekanan darah baik, tapi bila result analisis darah tidak cantik. Orang yang nampak sihat, sebenarnya ada sakit. Naik risau pula, bila keluar result macam ni.
Lantas, MamaEma diberi sejenis minuman Rin Enzyme dan diberi rehat selama 30 minit. Selepas 30 minit, sekali lagi darah MamaEma diambil dan dianalisis. Alhamdulillah pergerakan sel darah MamaEma stabil.
Cepatkan result yang diperolehi. Rasa Rin Enzyme ni pun sedap. Kiranya MamaEma pun boleh minumlah. Maklumlah, I jenis tak suka makan ubat cecair ni. Kat rumah dah berebut pula dengan Mr.Ery. Rasanya macam minum air asam jawa.
Korang pun boleh pergi ke Vitacare Pharmacy untuk analisis darah yer. Harga yang dikenakan seperti berikut:
- VCard Member during VCare Day : FREE
- VCard Member normal days : RM10
- Non VCard Members : RM30
Produk Di Vitacare Pharmacy
Selain produk kesihatan terdapat juga produk kecantikan yang boleh didapati di Vitacare Pharmacy. Antaranya produk kecantikan jenama Trilogy di mana inilah rahsia kecantikan Kate Middleton. MamaEma pun dah cuba dan sesuai dengan kulit muka MamaEma yang kering bila sentiasa berada di dalam bilik beraircond.
Untuk daparkan lebih lanjut aktiviti dari Vitacare Pharmacy korang boleh layari facebook https://www.facebook.com/VitacareMY/ . Nanti akan ada day care di mana-mana Vitacare tau. So, jangan lepas peluang ini. Hidup mesti sihat tau.
Wah bercuti ke tempat sejuk ke
Mama pipie recently posted…Instant Shawl Giveaway by Mamapipie
bercuti tu tidak.. kena kerja…
emarieys recently posted…Mencipta Borang Penilaian atau Kaji Selidik Secara Online
bahaya tu tanpa kita sedar. kena kerap buat pemeriksaan. risau kalau ada sakit yang kita tak sedar.
betul tu.. takut kalau dah tahu dah kena stage yang tinggi.
emarieys recently posted…Mencipta Borang Penilaian atau Kaji Selidik Secara Online
macam mana nak cek yer tahap kesihatan darah ni? ada tempat yang boleh dikunjungi?
Boleh pergi ke Vitacare Pharmacy yang terpilih.
emarieys recently posted…Mencipta Borang Penilaian atau Kaji Selidik Secara Online
Aah, luar nampak sihat..dalaman entah siapa yang tahu walaupun diri sendiri melainkan dah rasa sakit.
emarieys recently posted…Mencipta Borang Penilaian atau Kaji Selidik Secara Online
kena rajin pergi cek kan..
nadia johari recently posted…PEMBEKAL ITIK DAGING MURAH SEGAR DARI LADANG