Betul Segala Urat Sendi Selepas Urutan E-Genki – Urutan Tradisional Cina dan Terapi Moden Bioelektronik

Urutan Tradisional. Sekarang ni memang sibuk angkut segala barang kat rumah susun atur yang mana nak bawa balik kampung atau bawa pergi ke tempat baru nanti. Bila dah angkat barang-barang besar dan berat mulalah badan-badan rasa sakit dan lenguh. Kadang tu rasa lenguh sampai berhari-hari, tidur pun tak lena.

Urutan E-Genki – Urutan Tradisional Cina

Kalau balik kampung mesti dah cari tukang urut tapi di KL ni mana nak cari tukang urut yang best. Rumah urut ada lah.. kan salah pergi rumah urut lain pula jadinya..

Kena pergi rumah urut yang berlesen lah…pergi tak berlesen tak pasal-pasal kena tangkap.

Dah tak tahan lagi nak bertahan lenguh urat sendi ni, jumpa satu pusat urut di Heathland Family Wellness Centre area Seri Petaling. Ini pusat urut yang boleh dipercayai dan berlesen. Tak perlu risau dan takut. Cawangan Heathland Family Wellness Centre ni pun banyak.

Kat sinilah adanya urutan E-Genki iaitu gabungan urutan tradisional cina dan terapi moden bioelektronik. Ermm, patutlah orang cina walaupun umur dah lanjut masih kuat berjalan.

 

E-Genki Treatment akan mengesan apa masalah yang ada dalam tubuh badan seperti otot dan sendi yang bermasalah dan membantu memperbaikinya. Caranya dua pad terapi moden biolektronik akan diletakkan di belakang badan. Semasa tukang urut mengurut perlahan-lahan badan, akan terasa seperti sedikit renjatan di bahagian yang disentuh.

Jika bahagian yang bermasalah, lagi terasa renjatannya…tapi tak adalah sakit sangat. boleh bertahan. Tukang urut akan perlahan urut bahagian badan yang sakit. Berlaku tindak balas spontan seperti badan bergerak mengejut jika bahagian yang dirut adalah bahagian badan yang bermasalah.

Terapi Moden Biolektronik

2 pad mesin akan dletakkan atas badan. Mesin yang menggunakan tenaga elektrik yang rendah bagi merangsang saraf serta otot. Hasilnya, ia melancarkan perjalanan darah, memperbaiki sistem percernaan, stress, keletihan dan detoks.

Memang sangat lega selepas dapat membetulkan urat-urat yang sakit ni. Tapi perlu ulang datang ke sini. Bukan sekali berurut terus sembuh yea.. kena faham konsep urutan.

1 jam lebih juga berurut.

Rawatan Mud Bulm

Selepas urut, akan dilumurkan belakang badan dengan mud bulm dan dialaskan dengan plastik. Dibiarkan 40 minit dibadan. Hangat-hangat seperti lumur minyak urut biasa tu..sambil tunggu pun boleh terlena…tenang bila di belakang hangat nyaman dan bilik pula dibiarkan suram lampu dipadam.

Ia membantu melancarkan peredaran darah dan membuang toksin. Mr Ery pun kemain lena tu..

Di Heathland Family Wellness Centre Seri Petaling ada bilik urutan untuk couple. Macam aku tak dapat nak sama bilik dengan Mr.Ery sebab tukang urutnya lelaki. Kalau perempuan, mungkin dah dapat sama bilik. So, pergi dengan kawan sama perempuan atau lelaki bolehlah sama bilik..Barulah tak bosan untuk berborak.

Memang terbaiklah kaedah berurut secara tradisional cina dan terapi moden bioelektronik ni. Terasa segar seluruh badan. Memandangkan aku pun tak lama lagi dah nak pergi ke tempat baru dan tidak sempat nak tebus baucer RM100, aku open kepada sesiapa yang berminat. Ada 10 baucer RM100 untuk dilepaskan. Siapa nak boleh dm aku. Tapi hanya untuk cawangan Seri Petaling sahaja.

Yang mana nak try berurut kat lain-lain cawangan.. ini senarai cawangan yang berdekatan:

  • Healthland Taman Desa
  • Healthland Sri Petaling
  • Healthland Setapak
  • Healthland Desa Park City
  • Healthland Taman Segar
  • Healthland Aman Suria
  • Healthland Setia Alam

Facebook: facebook.com/egenkimy/

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

malaysian blogger

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge