Azwa Sekolah

UPSR Dah Lepas UPSRA Pula Menunggu

Selesai sudah kesemua Kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2018 hari ini. Tapi masih ada ujian besar lagi untuk anak hadapi iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama pula pada minggu depan. Empat hari, aku berada di sekolah menunggu anak masuk peperiksaan sambil menjadi sukarelawan KSIB mengagihkan makanan.

UPSR 2018

Hari pertama tunggu hingga habis, hari kedua dan ketiga hanya tunggu sehingga anak masuk dewan untuk kertas 2..hari ini, last paper aku tunggu juga sampai habis kertas 2 Ujian Sains. Kertas ujian BM dan BI, anak-anak keluarĀ  macam biasa. Berbeza pula bila keluar dari menjawab soalan Matematik Kertas 1. Ramai bagitahu susah dan tak cukup masa. Sains pula, ada soalan yang agak tricky, anak mudah tertipu dengan jawapan. Apapun terima sahaja keputusan UPSR yang bakal diterima pada hujung bulan November nanti. Anak-anak dah lakukan yang terbaik.

Debaran UPSR

Harapan? Sememangnya 6A lah harapan semua ibu bapa pada anak-anak termasuk harapan aku pada kakak Azwa. Tapi aku sendiri tahu kemampuan kakak Azwa setakat mana. Berdoa dan terus berdoa moga ada kejayaan milik kakak Azwa.

UPSRA

Usah dikenang dengan perkara yang lepas kerana minggu depan anak-anak yang bersekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan masih akan hadapi ujian besar iaitu UPSRA. Moga anak-anak diberi kesihatan yang baik dan dapat menghadapi ujian peperiksaan seterusnya dengan sempurna. Risau pula aku, kakak Azwa UPSRA aku pula kena outstation ke Kelantan.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge