unifrom for international modern school

Abang Handsome Dah Dapat Uniform International Modern School

Uniform International Modern School, akhirnya abang handsome dah pakai baju rasmi sekolah.

Wow, makin kacak lah gini yer..

Warna hijau..2 pasang setiap orang.

First, bawa balik 1 pasang dulu untuk test size.

Dapat saiz 24..padan dengan Aqeel tapi sedikit ketat.

Mahunya pakai tak lama.

Baca: First Day School in Conakry

Esok, minta tukar saiz 26..biar besar sikit.

Whatsapp madam pengarah..nak tukar saiz ke 26.

Baju saiz 26..seluar pun saiz  sama.

Tapi seluar saiz 26 tak ada…saiz seluar bermula saiz 30.

Aku silap rupanya..aku ingatkan bila baju saiz 24..seluarnya saiz 24.

Rupanya memang tak sama saiz.

Itupun lepas Aqeel bagitahu..yang seluar dia test tu saiz 30.

So, ambil seluar saiz 32 lah jawabnya.

Ada 2 jenis seluar.. panjang dan pendek.

Madam sekolah offer..ambil yang pendek 1..panjang 1.

Maaflah, tak akan pakai si Aqeel ni pergi sekolah dengan short pant.

Walau kat rumah..pakai spender jer pun.

Tahu malu.

IMS uniform

Mama, kalau kakak sekolah sini..tak tahulah macam mana.

Pergi jemput Aqeel ke sekolah, dia cakap

“kalau kakak sekolah sini, tak tahulah mama”

“Kenapanya?”

“Singkatnya baju sekolah budak  perempuan..atas pada lutut.. seksi..nampak seluar kat dalam”

“Dah abang tengok tu kenapa?”

“Abang tak tengok..ternampak bila duduk..bukan seluar dalam..seluar panjang sikit tu.. malu lah mama”

Maksudnya slim fit lah tu.

“Sebab itu mama sekolah kakak di sekolah agama”

Kat sini budayanya lain abang…abang kena kuat..

Hari-hari boleh nampak orang kencing merata..tak kira budak..tak kira dewasa

Hari-hari boleh nampak orang mandi depan rumah tanpa segan silu.

Ada budak perempuan yang mandi pun tak pakai baju.

Nampak belakang Aqeel budak perempuan punya uniform paras betis jer tu.

Maybe time duduk itu yang tidak sengaja..

Budak-budak…

Kadang tu balik rumah Abang bagitahu dia malu nak main sukan

Sebab kena pegang tangan dengan budak perempuan.

Abang oh abang…

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1261 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

2 thoughts on “Abang Handsome Dah Dapat Uniform International Modern School

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge