1 hari dah berapa ilmu aku dapat bila join bengkel yang dianjurkan Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9). Sangat Berbaloi. Respek aku pada team yang datang jauh semata nak dapatkan ilmu ini.
Baca: Bengkel Personaliti, Ciri-Ciri Personaliti yang baik
Unboxing Peek A Box
Pernah dengar Peek A Box? Apa benda tu? Peek A Box ini sebuah kotak kecantikan yang mana isi dalamnya ada beberapa produk kecantikan istimewa yang berbeza-beza jenama. Ada dalam 4 hingga 5 item produk kecantikan seperti pencuci muka, lipstik, maskara, eyeshadow, scarf, lilin, dan banyak lagi.
Setiap bulan item dalam Peek A Box ni akan berubah mengikut tema tersendiri seperti Tema Hari Ibu, Hari Kasih Sayang, Hari Kecantikan dan macam-macam tema lagi. Sesuai sangat untuk bagi kejutan kepada orang-orang tersayang. Dalam kotak kecantikan ini akan diiringi nota kecantikan yang ada ‘cover girl’ dari selebriti mahupun influencer yang menceritakan informasi tentang produk yang ada di dalamnya.
Hye.. Hye semua.. Ema dah unboxing beauty box dari @peekabox_beautybox . Nak tahu apa yang mulut Ema bebel tu korang boleh tengok kat YouTube Emarieys. Thank you Peek A Box. . . Eh jap, nak bagitahu ada sale sehingga 2hb Ogos ni. Boleh dapat dekat Shopee yer.. Surprise kan orang tersayang gitu.. . . #peekabox #peekaboxbeautybox #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #emarieysdotcom #lifestyle #parenting
Harga serendah RM59, memang di luar jangkaan aku… Itupun dah sangat murahkan, tapi kalau korang nak lagi potongan harga, cepat ke laman web shopee, ada diskaun sehingga 2 Ogos 2018…cepat dah nak habis tarikh tu.. Bila lagi nak surprise orang tersayang kan.
DIY Face Moist dan Lip Balm
Tahu tak korang, dengan bahan yang ada di rumah dah boleh buat dua produk iaitu Face Moist dan Lip Balm. Apa lagi jom jadi usahawan produk sendiri…hehehee. Cepat sikit kaya, terus jadi founder..eh. Tapikan tak tahan lama lah..Untuk Face Moist bahannya cuma air mineral, air rose dan perisa. Untuk lip balm bahannya cuma coco powder (cairkan dengan cara double boil), perisa dan biarkan ia beku. Itu jer, dah jadi founder produk jenama sendiri.
Tutorial Make up dan Hijab
Perempuan dan make-up tak boleh dipisahkan.. Yang cakap tak reti make-up pun. mesti akan ada alat solek walaupun sebatang lipstik. Betul tak? Ha ni, tengah taip ni, keluar pula iklan terlajak laris pulak …ala yang wifenya nak pergi pasar jer pun..kena juga melawa. Kemain tinggalkan bibik dia lepas isteri melawa.hahaha.


Tutorial make-up bersama Khai Azwa..siapa sangka seorang lelaki yang ajarkan kami. Belajar step by step make-up dan apa nama alat solek setiap yang dipakai. Banyak juga aku belajar base makeup tu apa…primer untuk apa..kat mana nak dimulakan dulu. Paling aku nak sangat tahu, cara nak lukiskan kening. Part yang ramai orang susah nak buatkan. Bila dah tahu cara untuk lukis kening yang cantik dan elok, dan praktik dua tiga kali…menjadi lah juga akhirnya. Kemain dalam bag banyak juga make-up, tapi nak bersolek memang tak pandailah…aku memang alah dengan adik-adik aku tu…hahaha..pergi kerja pun setakat compact powder dan lipstik jer..
Sejak dapat belajar tentang personaliti, haruslah kena ubah demi keharmonian dan kesejahteraan..penampilan di mata suami itu sangat penting tau.
Korang kena cepat dapatkan Beauty Box Peek A Box tu yer..Tengok lawa tak founder nya Peek A Box ni. Follow rapat-rapat di:
Website: www.peek-a-box.com
Facebook: www.facebook.com/Peek-a-Box
Instagram: @peekabox_beautybox
bestnyaaaa….rugi pulak tak join,comel la kek ma pas ni hehehhe
wah bestnya unboxing produk yg best ni
Banyak ilmu yang diperolehi dari perkongsian dalam bengkel Tutorial Make-Up ini. Peek A Box memang sesuai dijadikan hadiah surprise untuk orang tersayang. Harga pun murah dan kandungan item pun ikut tema. Menarik.
Rasa seronok dapat sekotak Peek A Box hari tu, rasa mcm dpt present gitu😄