Loading...
EventRestoran

Ulangtahun ke-5 The Original Boat Noodle di The Garden Mall Meriah

Happy birthday the original Boat Noodle!!!! Tahniah 5 tahun sudah. Boat noodle sejenis makanan yang popular di lorong-lorong di Thailand ini menjadi salah satu makanan kegemaran di Malaysia. Kini dah ada 48 cawangan di seluruh negeri. Wow!!!!

.

.

Makan, Stack, Repeat

Dengan tagline #makanstackrepeat memberikan satu kepuasan kepada yang datang ke sini… lebih lagi bila datang ramai-ramai. Masing-masing akan tunjukkan siapa yang makan banyak dan siapa yang dapat susunan mangkuk yang paling tinggi.

boat noodle
Mangkuk siapa paling tinggi

Nama jer restoran boat noodle dan tidak semestinya hanya noodles yang ada di sini. Lain menu pun ada. Antaranya:

boat noodle
Roti Kukus
boat noodle
Chicken meatball
Flamed Grill Chicken

Roti kukus panas-panas cicah kaya pandan itu sangat sedap. Berulang-ulang aku makan sampai terlupa ada lagi makanan yang datang sehingga meja pun agak penuh. Sos chicken meatball pun walahwei…sedapnya.

Ayutthaya 2.0

Hah, antatuya!!!..Bukan antatuya tapi Ayutthaya versi ke-2. Sebut betul-betul tau. Ayutthaya 2.0 yang baru kini telah diolah dari resepi yang lebih baik dengan cendawan enoki yang digoreng dan pilihan ayam cincang atau daging lembu yang dikisar. Satu mangkuk dengan sesudu bawang putih goreng, daun ketumbar dan secubit serbuk cili.. Fuhh menikmati sampai terangkat..bermangkuk-mangkuk makan Ayutthaya sahaja.

boat noodle

Noodle Master Card Dapat Mangkuk Percuma

Teringin nak ada koleksi dari boat noodle? Sempena hari ulangtahun ke-5 sehingga 30 April sahaja, dengan pembelian 20 mangkuk dalam satu pesanan akan dapat 1 cop stamp. So, kena cepat bawa ramai kawan makan di mana-mana cawangan boat noodle untuk kumpul dan redeem dengan cepat.

boat noodle
Yang mana paling manis?

Event ini turut dimeriahkan dengan pertandingan siapa yang paling cepat habiskan 10 mangkuk boat noodle dan siapakah pemenangnya? Of coz, yang makan dengan sekali hirup jer.

boat noodle

TAHNIAH!!

boat noodle

Tak bertuah pula aku hari itu..tak menang cabutan bertuah walaupun nombor yang disebut agak sipi-sipi dengan nombor aku ambil….Hahahaha. Memang susah nak bertuah melainkan ada Mr.Ery kat sisi.

Laaa…aku sangkakan kek dan snek ni hiasan. rupanya yang betul. Itupun sedar masa acara nak potong kek…hahaha.. giler kreatif kek…chopstick tergantung gitu..

boat noodle

Geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut sama-sama meriahkan sambutan ulangtahun Boat Noodle. Sempat lagi kak Dila dan kak Tati tunjukkan skill.

Dapatkan cawangan-cawangan boat noodle yang berdekatan dengan korang untuk mencubanya..memang tak rugi sangat tau!!!

Outlets : Outlets The Original Boat Noodle

Instagram : @myboatnoodle

Facebook : My Boat Noodle

So, apa tunggu lagi…bawa kawan-kawan korang ke sini dan jangan lupa kumpul bowl yer.

About emarieys

Ema has written 1216 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE