Pregnant sebelum ini tak pernah ada apa-apa masalah. Tiada kencing manis, tiada darah tinggi. Tapi pregnant kali ini, kena HB Low pulak. HB Low apa? HB Low adalah kurang darah dalam badan atau lebih dikenali sebagai anemia. Siapa yang ada HB Low, takut mudah jatuh pengsan semasa mengandung.
Bacaan paling rendah yang aku dapat adalah 10. Bacaan yang normal antara 11- 12 g/dl. Sikit saja beza. tapi nurse buatkan aku macam risau semacam je.
First aku diberi makan obimin, tapi result masih rendah. Tukar ubat, nurse bagi tiga jenis ubat termasuk yang warna kuning kecil yang memang busuk baunya. Dah namanya ubatkan. Bila check, tetap sama resultnya.
Tukar lagi ubat. Kali ini kata nurse yang kuat sikit. Diberi ubat Zincofer. Alhamdulillah, result ada peningkatan dengan bacaan antara 11-12 g/dl. dan sehingga kini, memang makan satu jenis ubat saja. Katanya dalam satu kapsul dah lengkap. Tak perlu nak makan obimin lagi. Nasiblah ubat ni dalam sarung, senang sikit nak telan.
Petang nanti ada appointment, cepat-cepat aku makan ubat sebab ada juga aku skip makannya.hahaha. Orang kat opis pun terkejut, aku masih datang bekerja. Selagi belum ada tanda dan sihat..InshaALLAH datang kerja. Kan esok dah bersalin, korang rindu pula tiga bulan tak jumpa. Due date aku 25hb ni, next appoitment di PPUM 1 April. Lagilah aku terkejut.
Moga dipermudahkan urusan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar..
SaniYunus recently posted…Webinar Percuma Gobala Krishnan
owh..lya bru tahu akak pregnant,
alhamdulillah..tahniah ye..
take care.. moga HB lps ni mantain ke normal..
take care year ema
moga semuanya dipermudahkan
insha Allah
tiha recently posted…yang tersembunyi
dulu masa pregnant anak pertama memang HB low. sampai kena makan extra zinc. tapi sampai nak bersalin pun low lagi. bila pregnant kedua try vitalea, HB cantik. Lepas tu memang ambil vitalea bila pregnant. apa2 pun take care ye.
Suriya recently posted…Resepi Sotong Masak Hitam Paling Senang Tapi Sedap Kut!
Rekod hb saya sepanjang preggy 3 anak dulu tak pernah cantik. Semua ubat dah telan, pantang pun ikut,.tak jugak naik2 sampai ‘gaduh’ dgn misi..haha… Kenangan..
Moga dipermudahkan semua urusan nanti… 🙂
ctfand recently posted…Perkembangan Pokok Bunga Common Sunflower Kimi
zincofer agak famous kat klinik kesihatan sekarang ni….last resort utk naikkan hb…tapi kalau hb 10 dekat2 nak due tak perlu risau sgt…should be ok.yang penting sekarang kira gerakan baby.
kenapa terkejut appointment 1 april?hehe
hari ke 7 selepas due date…kalau tak deliver mmg kena admit untuk induction…sebab tu misi bagi tarikh tu utk follow up…
semoga selamat melahirkan anak yg comel lagi…
Hairul Hissam recently posted…Cara Belajar Membaca Al Quran Dgn Lancar Berlagu & Testimonial Tak Cukup Tangan Jual Dadih
mungkin sekarang dah bersalin kot..
mungkin sekarang dah bersalin kot..
mrhanafi.com recently posted…Cara Blogger Buat Promosi Offline
Alhamdulillah… Lima kali pregnant blm pernah ada masalah. Kalau ke gov mmg la. Hb rendah, brt x naik mmg dia bising mcm apa entah. Sabo je la.
lama tak menyinggah..baru dapat tahu ema pregnant.. tahniah ema..
semoga sihat selalu..moga Allah permudahkan segalanya..amin.. ^_^
nita recently posted…WW# 20 : PRECIOUS
saya dulu pun pernah kena hb low masa pregnant anak pertama…bacaan hb 7….rendah sangat sampai kena cucuk 10 kali kat punggung…memang sakit…….lepas habis 10 kali bacaan hb dah naik…..skrg ni pregnant ank ke 3…hrp2 tak ada mslh hb low lagi…..konsisten dengan shaklee ….
NOREHAN SAAD recently posted…ESP MENGENYANGKAN SEHINGGA BERAT TURUN 15 KG!
kat kk memang akan bising kalau bacaan hb bawah 11. tapi bila saya jumpa specialist, dia kata bacaan 10 ke atas tu pun masih ok. jadi saya memang bertahan dengan shaklee sahaja. lagipun sebnarnya kena amalkan pemakanan sihat, amik vegetables tu jgn lupa
Raihanah Ahmad recently posted…Promosi april 2015 untuk anda ingin sihat dan kurus
Gambar ubat yang terakhir itu tak pernah pula tengok, biasanya yang pertama saja
Khairul Zamri recently posted…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora