Tudung Kuning untuk sekolah tadika. semalam entry mengenai kuning kasut adik. opppsss….silap bukan semalam tapi dah berhari-hari. aku terlalu sibuk hingga blog pun aku tak sempat nak update nie. kali ni nak buat entry mengenai kuning tudung kakak pula. kakak beria-ia nak pakai tudung ke tadika. kebetulan hari jumaat memang pakai baju kurung, jadi kakak pakailah tudung yang aku belikan. kiranya agak bersesuaianlah kaler tudung dengan bajunya. dan hari yang sama juga doktor akan buat pemeriksaan kesihatan kepada kanak-kanak sekolah tadika.
makin tembam pulak tengok muka kakak bila pakai tudung ni.
aku akan didik anak-anak aku dengan sebaik-baiknya. selagi diaorang dalam jagaan kami berdua selagi itu akan ku jaga sepenuh hati dan jiwa. diaoranglah penawar jiwa dan pengubat segala duka….