Tudung sekolah satu lapis, dua lapis dan awning

Tudung Sekolah

Selesai sudah pembelian baju sekolah, kasut sekolah, dan tudung sekolah untuk kakak Azwa.
Tak sabar nak tunggu hari persekolahannya tahun depan dan hari motivasinya jumaat depan.
Akhirnya, ema beli baju sekolah yang dah siap juga, sekarang macam-macam jenis kain yang elok dijual.
Malah untuk tudung pun dah pelbagai..ada yang selapis, dua lapis dan berawning.
Dulu masa sekolah, tudung hanya ada satu jenis sahaja iaitu jenis dua lapis. nak siapkan diri bahagian tudunglah paling lama dan susah…lebih-lebih lagi kalau dah salah gosok..bahagian depan kalau dah tergosok ada garisan..mulalah tak menjadi nak pakai tudungkan…ingat lagi tak?
Dan semalam, ema beli tudung sekolah dua jenis satu yang dua lapis dan selapis. yang selapis paling senang nak pakai..just sarungkan saja.. ema tak beli yang berawning, takut sekolah tak benarkan.
Tapi pagi tadi ke kedai buku di sekolah yang bakal kakak azwa belajar tu, ada jual tudung sekolah berawning. maknanya, sekarang sekolah benarkan budak-budak pakai tudung berawninglah. ema tak beli pun…cukuplah dua tudung yang dah dibeli.
Kiri : Tudung dua lapis yang biasa digunakan dan Kanan : Tudung selapis yang senang dipakaikan
Model kecil bergaya dengan tudung selapis dan tak sabar nak pergi sekolah
Mama pun tak sabar nak tunggu kakak azwa belajar di tahun satu.

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge