Keinginan bagi seorang wanita muslimah untuk berfesyen tidak salah asalkan menepati syariat sebagai muslimah. Di pasaran banyak pakaian yang dijual untuk muslimah. Tapi adakah ianya sesuai dan menepati citarasa yang diinginkan. Aku pun tengah berusaha untuk ke arah yang lebih baik dari segi pemakaian ini. Insya Allah.
Masalah Pilih Tshirt Sesuai
Sebelum memilih pakaian, apa yang akan dititik berat terhadap sehelai tshirt? Inilah masalah yang sering dihadapi oleh wanita muslimah untuk berfesyen mengikut syariat dan mahu keluar rumah kan. Antaranya:
- Nak baju yang tidak perlu iron
- Perlu baju yang labuh menutup pinggul
- Perlu baju yang serap peluh
- Baju yang tidak melekap di badan
- Sesuai untuk riadah
- Semi kasual
- Nak pergi jogging tapi tak ada baju
- Baju untuk Family Day
(Basic Tee 2.0) TeeLicious
Semua masalah di atas boleh diselesaikan dengan pemakaian Basic Tee 2.0 Teelicious dari Hana Tajuddin. Yea, sangat-sangat membantu. Nak pakai masa bila-bila pun boleh. Baru saja dapat, aku dah pakai di banyak tempat. Di bawah cahaya matahari terik, di tempat sejuk, di air terjun, di shopping mall sampaikan Mr.Ery cakap “awak ni, tak ada baju lain ke? Asyik pakai baju merah ni jer”. Amboii, ikut suka oranglah kan..Dah bajunya sedap nak pakai. hari-hari pakai pun tak ada ambil kisah. Jeleslah tu, isteri pakai baju lawa. Eh.
Sungguh memang selesa pakai tshirt dari Hana Tajuddin. Aku dah aim warna-warna lain yang ada. Ada 10 warna nak dipilih. Setiap bulan beli, cukup 10 bulan mahu semua koleksi Basic Tee 2.0 Teelicious aku ada. Seronoknya. Dah tak pandang tshirt lain selepas ini.
Kelebihan Basic Tee 2.0 Teelicious
Yang membezakan tshirt muslimah Hana Tajuddin dengan lain-lain tshirt paling utama tidak perlu di iron. Kerja paling malas nak buat bila perlu iron baju. Lebih-lebih lagi tengah kejar masa. Macam aku ni, hari ini dapat bungkusan dari Hana Tajuddin, esoknya terus sarung pakai pergi camping di Sungai Chiling. Langsung tak ada kedut. Kedua, labuh tutup punggung. Bahagian yang paling aku berkenan bila tshirt nya menutupi punggung dengan ketinggian aku yang 170cm ni. Ketiga, sesuai digayakan di mana-mana sahaja.
Ciri-ciri lain yang ada pada Basic Tee 2.0 Teelicious jenis kain kapas yang selesa dan stretchable. Kemasan pada pergelangan tangan. Jika mengangkat tangan, ia tidak akan terselak. Leher bulat dan mudah disarung. Potongan terkini di kiri kanan tshirt. Tidak melekap di badan dan serap peluh. Buktinya ada pada gambar di bawah:
Camping Si Sungai Chilling
Di bawah cahaya terik matahari pergi tengok anak main acara olahraga
Beriadah. Jom jogging.
Di Genting Highlands dan shopping mall
Warna pilihan aku warna Red Maroon. Kan tadi aku cakap ada 10 pilihan warna kan. Jadi, aku sertakan sekali gaya dari rakan-rakan blogger aku dengan Basic Tee 2.0 Teelicious mengikut warna pilihan mereka. Lawa kan. Mesti berkenanlah.
Saiz Ukuran
Semua cantik-cantik dengan warna pilihan mereka. Sebab itu tergoda mahu semua warna untuk dijadikan koleksi. Harga pula murah dan berpatutan. Okey, aku sertakan sekali ukuran Basic Tee Teelicious ini untuk memudahkan korang pilih. Aku sendiri pakai saiz L.
Bagaimana Nak Dapatkan Basic Tee 2.0 Teelicious Hana Tajuddin?
Dah berkenan warna apa dan saiz apa yang sepadan? Bolehlah dapatkannya melalui website dan walk-in sahaja di butik seperti berikut:
Merah pun cantik gak..adoii..ade gak Sal order ni kang..memang berbaloi
Cantiknya warna merah. Nampak selesalah baju ni, berkenanlah!
merah cantik! nampak menyerlah sangat!
Cantik la warna merah.
Waaa banyaknya gambar. Meriah. hehehe. Sesuai nak g memana kan baju ni.
Zama tempat kita snap yeee haha merah lawa gila kott
cantik tshirt muslimah ni. design simple dan coleh pakai bila2
wah.. mmg sesuai untuk byk Occassion yer
eh sama kaler baju kita ni 😀
Uwaaaa lawanyaaa merahhh! nak kena beli lagi satu nih kaler ni. Memang best material kain dia
Wah nampak cantik pula t-shirt muslimah ni kan.Warna yang cantik dan nampak selesa sekali.Terima kasih atas info yang bermanfaat ni.Bole la beli nanti.