Percutian Ke Langkawi.
Nak pergi bercuti kali ini memang terkejar-kejar. sehingga nak bernyawa pun tak lepas. termengah-mengah dibuatnya. Selepas angkat bontot dari event #SBB2013 terus drive F1 di lebuhraya balik ke rumah untuk bersiap-siap ke airport. Kami ke airport dengan menaiki perkhidmatan awam yang disediakan. first, pakcik mr.ery tolong hantarkan ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) untuk menaiki perkhidmatan komuter. tapi bila tengok orang beratur panjang beli tiket, kami mula berfikir banyak kali..sempat ke ni?
Kami tak pilih perkhidmatan teksi kerana takut sangkut jem. so, kami naik perkhidmatan LRT Star menuju ke Masjid Jamek dan naik pula LRT Putra menuju ke KL Sentral. sepanjang perjalanan, mata memandang pada jam yang bergerak setiap saat. dalam hati mula merasa resah kerana fikirkan masa yang semakin singkat.
Sampai KL Sentral terus menuju ke tempat perkhidmatan Bas LCCT-KL Sentral. Bas bergerak jam 6.30 petang. dan perjalanan dari KL Sentral ke LCCT makan masa 1 Jam. lagilah membuat hati ini gundah gulana bila memikirkan sepanjang perjalanannya. Belum separuh jalan bas bergerak, tetiba aircond bas rosak. pemandu bas berhenti di tepi lebuhraya dan menelefon syarikatnya. pemandu bertanya sama ada sanggup jalan dalam keadaan tanpa aircond atau tunggu bas lain datang. jika tunggu bas lain akan makan masa setengah jam. bertambah lagi kerisuan. Alhamdulillah, majoriti setuju untuk meneruskan perjalanan.
Hampir Ketinggalan Flight
Yang sebenarnya, ema tak pernah check-in melalui handphone. tapi bila di dalam situasi begini, dalam bas ema cuba check-in melalui handphone sebab memikirkan keadaan masa yang semakin singkat. Okey berjaya check-in melalui handphone. siap check-in untuk masa balik nanti…tapi…tapi…tapi….Satu masalah melanda lagi, barcode tidak diterima. sehingga sampai ke airport masih tidak diterima. so, ema cuba check-in dan printkan boarding pass di kiosk tapi tidak boleh. kena check-in di kaunter.
Setiba di kaunter Air Asia, pihak Air Asia charge RM 10 seorang untuk printkan boarding pass. isssh, bukan silap ema pun. macam mana nak print boarding pass sedangkan nak check-in pun dah tak dapat. barcode pun tak diterima. bila pihak Air Asia check di sistem, akhirnya ia berpihak pada ema. mAlhamdulilllah, dengan keadaan rushing, akhirnya lega bila dah masuk ke tempat menunggu.
Dalam perut kapal terbang, seat bersama aqeel. kakak dan mr.ery di seat yang lain.
Hanya dengar suara Aqeel jer…pot pet..pot..pet…
Perbuatan dalam kapal terbang..ambil gambar sendiri
Muka berminyak gara-gara tak sempat nak cuci muka selepas balik dari #SBB2013. mujur sempat tukar baju…ekspress….
Yeah, dah sampai destinasi yang sudah dirancang sejak tahun lepas lagi..
Pesanan, u all janganlah buat seperti kami ini…memang semput tau. anggarkan masa dengan betul.
Dengan Air Asia tak boleh main-main tau.
sekian.