Dengan jarak kurang 60 KM dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands boleh dijadikan satu aktiviti bersama keluarga. Satu hari trip ke Genting Highlands sebenarnya banyak tempat yang boleh pergi dan pelbagai aktiviti yang dapat dibuat. Sedia maklum bahawa Genting Highlands merupakan satu destinasi yang menjadi tumpuan kepada pelancong luar terutama dari Singapore. Pada hari minggu menjadi kebiasaan Genting Highlands sesak dengan ramai orang.

Aku berpeluang dan buktikan dengan satu hari trip ke Genting Highlands, banyak tempat boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang sempat dibuat. Trip kali ini aku bawa Mr.Ery dan Ayra sahaja. Kakak dan abang ada aktiviti mereka sendiri. Sebelum itu, aku dah pergi ke Genting Highlands Premium Outlet, tapi kali ini aku pergi lagi atas iaitu Resorts World Genting.

Tarikan Menarik di Level 4 SkyAvenue

Tak sangka pula aku memang agak luas tempatnya walaupun hanya berada di satu tingkat. Hampir sesat jugaklah dalam bangunan SkyAvenue di Resorts World Genting. Aku sangkakan sekadar pusat membeli belah sahaja, tapi silap. Banyak tarikan-tarikan menarik untuk seisi keluarga berhibur. Ada Skytropolis Indoor The Park, Ripley’s Believe It Or Not Adventure, Life Museum, Jurassic Research Centre, Playtime Video Games Park dan banyak lagi.

Naik ke tingkat 4, terus nampak replika gajah besar tengah kibas-kibas telinga. Walaupun patung tidak bergerak, disebabkan ianya besar dan siap ada bunyi itulah yang buatkan Ayra menangis. Hahaha. Penakut sungguh anak aku yang kecil ni. Belum masuk ke dalam lagi, kira baru muka pintu gitu. Aduhaii.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium, koleksi aneh dan gila termasuk model Vampire Woman, Mike Headless Chicken dan model kaki David Beckham yang diperbuat daripada bil-bil lusuh. Kreatif lah juga. Masuk sini pun Ayra menangis. Habis macam mana aku nak tunjuk benda aneh yang ada di dunia ni.

Jurassic Park Research

satu tarikan untuk mengenali dinosaur seperti Brachiosaurus, Triceratops, harimau bertaring lengkung. Dari depan pintu masuk Ayra dah takut, apatah lagi masuk dalam. Terpaksalah dukung. Bukan main kuat dia peluk badan tak mahu lepas. Acah-acah bagi dekat dengan dinosaur tu, lagi bertambah menangis. Kalah bunyi dinosaur kat situ..hahaha..mungkin dia pun masih kecil tak biasa dengar bunyi-bunyi mengaum ni.

Walaupun bertahan kena dukung Ayra dan pekakkan telinga dengar tangisan dia, seronok juga masuk Jurassic Park Research. Pelbagai jenis dinosaur boleh kita tahu walaupun nak sebut pun agak susah..hehehe..

Satu-satu tempat yang mana Ayra tidak lagi menangis iaitu A Life Museum. Akhirnya, ada juga tempat dia.. hehehe. Memasuki sebuah dunia ilusi optik sangat menyeronokkan dan ia sebahagian dari seni. Kerja seni hasil dari artis Korea Selatan yang mengagumkan menghasilkan imej-imej 3D.

Baca: Mana Nak Cari Tshirt Muslimah Labuh Dan Tidak Perlu Gosok

Zombie Outbreak. Dengar nama zombie dah boleh agak macam rumah hantu kan. Nak masuk? Aku nak masuk, tapi dengan umur Ayra tidak digalakkan. Aku suruh Mr.Ery sahaja yang masuk dan rakam sekali. Hasilnya, rakaman gelap hanya dengar suara orang menjerit. Hahahaha..katanya kena kejar. Aku lihat yang mana keluar dari Zombie Outbreak ni semua gelak-gelak jer… sama ada tidak seram atau mereka yang berani.

It’s time to play at PlaytimeTime Video Games. Kalau bawa kakak dan abang confirm tak mahu balik bila dah masuk sini. Nasib bawa Ayra dan dia pula jenis tak merengek nak main itu nak main ini. Yang lebih si ayahnya lah..maklumlah dah lama aim video games. Bukan main seronok lagi. Permainan yang disediakan hanya menggunakan sistem tanpa tunai dengan Kad eZiCash sahaja.

 

 Tempat Makan Yang Banyak

Dah penat bermain, perut pula terasa lapar. Tidak perlu melangkah jauh sebab ada banyak tempat-tempat makan di tingkat sama. Ada Texas Chicken, Pizza Hut, Roasters Kenny Roger, Marrybrown, Boat Noodle dan banyak lagi. Gerai-gerai jualan pun banyak di sekitarnya. Jangan lupa bawa balik cenderahati dari Genting Highlands tau.

Waktu operasi dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Untuk maklumat lanjut, panggil +603 6101 1118 atau melawat www.rwgenting.com

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Trip Satu Hari Ke Genting Highlands, Banyak Aktiviti Boleh Buat”

  1. Seronoknya kalau dapat pergi satu family kan.Wah-wah tempat-tempat pun cantik dan menarik.Terima kasih berkongsi maklumat dan boleh la pergi nanti dengan family tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *