Kebetulan ikut serta lawatan kerja bawa orang dari luar negara. Sendiri pun belum mahir sangat tentang Putrajaya ini.  Masa lawatan, adalah beberapa tempat yang singgah di Putrajaya.

Trip to Putrajaya.

PICC, Putrajaya. Kali pertama ni sampai PICC, Putrajaya. Ramai juga yang masuk ke sini untuk lihat Putrajaya dari tempat tinggi.

putrajaya visit place

Dari puncak PICC boleh lihat panorama seluruh precint Putrajaya.

PICC Putrajaya

Putrajaya banyak jambatan yang unik dibina.

PICC Putrajaya

Nampak pula board 1Malaysia besar kat depan pintu bangunan PICC ni.  Suka tengok pantulan pada lantai. Boleh agak sebesar mana board ni sampai kecil kami bertiga dan jadi sama tinggi. walhal, akulah yang tinggi sekali dan yang paling rendah yang baju biru tu…hehehe.

PICC Putrajaya

Tak tahan nak gelak masa ambil gambar depan board ni. Sebab empat lima kali jugalah posing..bila tengok pada kamera langsung tak ada gambarnya. ayoyoyoyo, ‘uncle’ mana gambarnya..last-last tukar kamera compact lagi senang, kamera besar ‘uncle’ tak reti.

PICC Putrajaya

Berhenti di depan Istana Kehakiman. Nampak kelibat pengantin cina tengah ambil gambar wedding. cantik rekabentuk bangunan ini.

Istana Kehakiman

Depan Istana Kehakiman ada padang. Kalau tak silap dipanggil Dataran Putrajaya. Tengoklah cahaya menembusi di antara bangunan. Masa ini, cuaca memang agak panas.

Dataran Putrajaya

Mereka berpakaian tradisional ini dari Bhutan beragama Buddha.

bhutan people

Bersolat maghrib di Masjid Putrajaya. Nak masuk kena pakaian sopan. Agak-agak senteng ke apa, kena pakai jubah merah yang disediakan.

Putrajaya Mosque

Dari siang sampai ke malam dengan badan berlengas peluh masam bagai, kerana terpaksa aku turutkan. Tak kisahlah dapat naik Cruise Tasik Putrajaya seronok juga. Dapat tengok panorama di waktu malam.

Cruise Putrajaya

Cruise Putrajaya

Kebetulan masa ni. ada Floria Putrajaya dan bot berhias mengikut negeri. Nak ambil bot dari Negeri Kelantan tapi terlindung dengan bot dari Negeri Pahang. Nak marah dah, tapi tak apalah this is Pantai Timur. Marah pun tak ada siapa peduli.

Floria Putrajaya

Ini hanya beberapa tempat saja. Banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati di Putrajaya ini. Boleh klik SINI.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

13 Replies to “Trip to Putrajaya”

  1. kene tiru macam sis ema..saya selalu lalu pitrajaya, teringin juga nak bawak anak berjalan-jalan..tapi biasanya lalu sahaja..suka tengok tasik2nya yang menhijau..tak kisahla semulajadi atau tidak..

    Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online
    zara recently posted…10 Tanda Awal Kehamilan Yang Anda Patut TahuMy Profile

  2. comelnya bot berhias pahang. bangga kejap kak lola. mana org luar negara tu? Yang pakai baju tradisional tu ke?

    Akak penah tau ema, masa bujang dulu gi masjid putrajaya, kena pakai jubah kat masjid tu. heheh. sbb pakai ketat.

  3. haaaa cantik kan view dari atas PICC
    nampak sangat tersusun pembangunan di putrajaya

    putrajaya ni sebenarnya byk tempat nak singgah2
    rajin ke tak la ema oiiiiii

    sis pun selalu gak pusing2 putrajaya
    makan2 angin
    ellynadyra recently posted…journey to ACCAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *