Baru nak sambung trip percutian ke Krabi. Punya lama peram sampaikan tak ingat. Alang-alang dah upload gambar, mamaema kongsikan yang mana masih ingat-ingat. Korangkan tahu, mamaema pergi bercuti dengan family ke Krabi dengan naik van sewa tapi dipandu oleh adik ipar sendiri. Jadi sangat mudah untuk kitaorang singgah satu tempat ke tempat lain.
Dari Krabi Ke Hatyai
Tapi untuk Trip ke Hatyai, kami terpaksa tinggalkan van sewa di Airport Krabi atas sebab syarikat van sewa tak ada di Hatyai. Van yang kami sewa dari Phuket, so hantar ke Krabi. Bila van sewa dipulangkan, kami terpaksa naik kenderaan berbayar untuk ke Hatyai. Naiklah van tambang. Untuk makluman korang, di Thailand bukan sebarangan kenderaan boleh masuk ke bandar-bandar tau. Agak adventure juga perjalanan dari Krabi ke Hatyai ni.
Hotel yang mamaema stay untuk dua malam di Krabi nama ICheck Inn. Yang ni jer yang dapat kosong masa google. Sampai sana, alahai bersepah hotel. walk-in pun pasti dapatnya. Nasib baik, kira okey bilik di ICheck Inn ni. Cuma bilik adik tiba-tiba blackout belum sempat nak mandi. Tukar bilik. Nak ke bilik kena bertapak naik tangga, tak ada lift.
Lepas checkout, sekali lagi singgah kat replika ikan todak. Yea ke ikan todak, mamaema ikut sedap jer tulis ni. Sempatlah posing gaya gitu gaya begini sebelum hujan mencurah di bumi Krabi.
Dalam van tambang menuju ke Hatyai. Kesian, pemandu van tambang kena saman dengan polis. Salah diri sendiri sebab tak pakai uniform. Satu boleh puji polis Thailand ni, saman kena selesaikan time tu juga, tak ada tanguh-tangguh.
Van tambang hanya boleh hantar setakat stesen kereta sahaja. Tak boleh masuk ke Bandar Hatyai. Nak ke bandar, kena naik tuk tuk.
Punya kecil tuk tuk yang mamaema dapat terpaksa ambil dua buah. Nasiblah tambangnya murah. Satu tuk tuk cukup letak beg pakaian kami semua je.
Menginap di Hotel Centara, Hatyai
Di sana mamaema bermalam di Hotel Centara Hatyai. Ni adik ipar belanja penginapan. semua sekali 4 bilik. Hotel tengah-tengah bandar Hatyai dan berdepan dengan tapak pasar malam. Meriah sangat. Dari bilik mamaema, boleh nampak kemeriahannya. Suara saja yang tak dengar.
Kat Hatyai mesti kena singgah tempat urut tau. Urut kaki laa. Syoknya, mereka urut kaki. Hilang habis lenguh-lenguh berjalan.
Untungkan dapat pergi ke Krabi sewa van kemudian pandu sendiri.. macam-macam tempat boleh singgah..
bestla si kecik tu asyik jejalan je
Raihanah recently posted…Hilangkan Craving Makanan Manis Dalam 7 Hari
Teringin nak pergi Krabi in sya Allah ada rezeki nak sangat pergi hee
wahhhh
steady je si kecik tu
Raihanah recently posted…Tips Jadi Ahli Shaklee Untuk Makan Sendiri
asyik juga bercuti ni
Oyong Ilham recently posted…Sudah Benarkah Sholat Kita ??????? (Bag. Pertama)
best info ni. mudah nak g jejalan sana nanti 🙂
ira recently posted…Kenapa Breastfeeding Untungkan Ibu, Ayah Dan Anak
mudah nak g jejalan sana nanti 🙂
ira recently posted…Cara Menyusukan Bayi Dengan Lebih Efektif Di Mana Saja
Seronoknya ke hatyai..
memang best.. rindu jugak nak pi krabi dan hatyai..
yanieyusuf recently posted…Warung Mee Jawa Sungai Lembing Memukau Pelanggan
Nasib baik si kecil tak buat hal ya, Ema. Senang alahai kalau macam ni nak bawa jalan jauh. Tak pernah lagi masuk Thailand sewa van atau pandu sendiri. Last dulu masuk naik bas persiaran dichartered oleh arwah pakcik. Lama dah punya cerita!
Susah tak nak dapatkan transport dari Krabi ke Hatyai?