Parenting

Trip to Hatyai, Thailand 3D 2N

Trip to Hatyai, Thailand 3D 2N

Tak pergi pun golok, tapi pergi Hatyai, Thailand. Akhirnya, jadi juga pergi luar negara. dekat pun dekatlah, janji ada cop kat passpot. Pergi Hatyai ikut border Rantau Panjang, proses mengecop passport di kaunter Jabatan Imigresen Rantau Panjang..ini semua rombongan cik kiah seramai 25 orang.

imigresen rantau panjang

Motor-motor negara jiran yang keluar masuk..semua pakai baju hujan..start hari nak pergi cuti, hujan turun tak berhenti-henti.

border thai

Urusan penginapan dan pengangkutan semua diuruskan oleh adik ipar..kami cuma keluarkan duit untuk bayar sewa van, hotel, makan dan shopping. Kami sewa dua buah van yang sangat selesa…perjalanan dari Rantau Panjang ke Hat Yai selama hampir 4 jam…

Percutian Hatyai02
Lepas imigresen Malaysia, berhenti pula immigresen Thailand. Bagi yang pakai passport perlu isi borang putih…minta borang cakap melayu, mereka faham….yang tak pakai passport pun boleh masuk…pakai border pass…border pass hanya untuk 6 bulan dan RM 10 saja. kena buat border pass dulu baru boleh masuk. untuk cop border pass, tak perlu turun pun dari van… bagi ikut tingkap…seperti bayar tol tunai.

laluan imigresen

Berhenti makan pagi, semua dah tak tahan lapar. makan kat sini masih bayar dengan Ringgit Malaysia..cakap pun loghat kelate.

Percutian Hatyai01

Lepas makan, proses tukar duit Ringgit kepada Baht.. RM 10 bersamaan 100 Baht.. dan lebih elok beli simcard Thai senang nak berhubung..murah..100 Baht saja…tunggu setengah jam, terus boleh guna.

Berhenti isi minyak van, minyak kat sana lagi mahal dari Malaysia..beli minyak pun di tepi-tepi jalan..pakai tong-tong putih.

Percutian Hatyai03

Sepanjang jalan ditemani hujan.. macam tak best makan angin time hujan ni.

Percutian Hatyai04
Percutian Hatyai05

Percutian Hatyai06

Memang tak best pun… ‘pacat’ pun boleh tumpang sekali ikut pergi Hat Yai…seekor dah kenyang hisap darah, seekor lagi sempat buang..itupun dah ada kat tangan…eeeeiiii.  ‘Pacat’ ikut masa berhenti pergi toilet dekat stesen minyak.

 

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge