Kuarantin wajib 14 hari semasa tiba di KLIA di musim Covid-19.
3 hari perjalanan, 14 hari berkurung, 10 hari yang tinggal. Dari mana nak mulakan? Badan sangat letih tapi hati gembira.
Perancangan asal nak balik Malaysia hari raya Aidilfitri tertunda akibat covid-19, akhirnya tertunai juga hari ini selepas 1 tahun 6 bulan berada di negara orang. Rindu family semua. Belum dapat bersua.
Keluar dari negara Guinea, diwajibkan mengambil PCR Test. Syarat Emirates bukan Malaysia kerana Malaysia tidak diwajibkan untuk PCR Test sebelum tiba. 2 minggu sebelum terbang, temujanji dibuat melalui website National Health dan bayaran pula dibuat di bank.
Beberapa hari sebelum ambil PCR Test, baca di Travel Update di page Emirates, anak² di bawah 12 tahun dikecualikan untuk PCR Test. Minta bantuan orang lokal untuk pengesahan dengan National Health. Aku juga buat pengesahan dengan pihak Emirates Page dan pejabat Emirates Guinea.
Jawapannya memang tidak diperlukan. Tapi melalui National Health diperlukan untuk anak² 11 tahun ke atas. Dengan jawapan itu, maka akan kuranglah USD65 untuk Ayra seorang. Tapi bayarannya sudah dibuat. Untuk dapatkan kembali bayaran, jangan berharap.
PCR Test di Conakry
Hari untuk PCR Test, kami suami isteri tengah batuk² dan anak² pula baru lepas demam. Demam akibat perubahan cuaca. Alang² bayaran balik Ayra tak dapat, buatlah PCR Test untuk semua. Hampir setengah hari untuk selesai dan PCR Test itu tidak menyakitkan. Keputusan diterima selepas 48jam. Saat paling mendebarkan adalah saat menunggu kuputusan keluar. Sampai tertidurlah refresh page National Health.
Akhirnya semua keputusan negatif. Alhamdulillah. Yealah, kalau tidak, tak sampailah Malaysia kan.
Terbang dengan 9 jam perjalanan ke Dubai dan 28 jam transit. Bila anak² ada bersama dalam musim covid-19 ini, ambil 1 bilik di hotel Dubai International Airport. Nasib baik booking awal sebulan, dapat lah bayaran murah sikit kalau lambat, harga untuk 1 bilik cecah USD1000 satu malam.
Agak tinggi sebab hari minggu dan kebetulan merupakan national day bagi UAE. Bezanya hotel di sana tak perlu tunggu jam 3.00 ptg untuk check in. Ia dikira cukup 24 jam. Check in jam 8.30 pagi chekout time 8.30 pagi keesokkannya.
Emirates sudah buka untuk complimentary night stay bagi transit lebih 10 jam tapi kurang 24 jam. Tawaran ini tidak semua dapat, ada double standard kat situ. Memang tak layak, sebab dari Africa Country dan Nationality dan juga transit yang agak lama.
Habis segala urat sendi sakit² akibat banyak berjalan. Berjalan mencari connection desk untuk dapatkan boarding pass ke KL. Selepas itu baru pergi hotel. Esoknya berkejaran cari gate. Check online di gate B tapi papantanda gate C. Bayangkan dengan berdukung si Ayra lagi…ada masa dia dah penat nak jalan kaki.
Sambung lagi penerbangan selama 6 jam. Pagi di Dubai malam di KL . Perbezaan waktu. Sampai di KL, ambil masa juga untuk selesai satu persatu ikut prosedurnya.
Prosedur Semasa Tiba di KLIA
Di KLIA, pertama sekali kena check in pakai mySejahtera App. Suami isteri kena check in asing² kecuali anak² boleh dimasukkan as respondent. Kalau salah seorang hp rosak sekali pun tetap akan asing² untuk check in dan ia perlu dibuat secara manual.
Menuju ke prosedur seterusnya, ada anak kecil bolehlah ke laluan cepat untuk isi borang PCR Test. Ya, di Malaysia dikenakan PCR Test semasa ketibaan. Aku seramai 4 orang ini, frontliner tolong isikan borang anak². Dan disebabkan aku balik dari negara yang berisiko yang kena ambil suntikan Yellow Fever.
Aku diberitahu akan ditempatkan di pusat kesihatan KLIA2 selama 6 hari dan barulah ditempatkan di mana² pusat kuarantin seterusnya. Terkejutlah aku. Ambil PCR Test di hidung dan juga di tekak. Di sini agak mencabar sebab anak² pun kena juga di hidung. Di Guinea hanya di tekak sahaja. PCR Test di sini terasa juga pedih² mata. Menangis juga lah si Ayra.
Selesai PCR Test, kami ke KLIA Health Office dan berikan maklumat sebab kami dari negara yang berisiko. Alhamdulillah sebab kami declare, kami tiada symptom terus kami boleh pergi ke pusat kuarantin wajib. Kad yellow fever perlu dibawa. Terus pergi ke kaunter bayaran PCR Test RM150 seorang. percuma untuk Aqeel sebab bawa surat pelajar. Sini boleh buat bayaran tunai mahupun kad debit atau kad kredit. Selepas itu ke kaunter imigresen.
Selesai tunggu di ruang untuk ke pusat kuarantin..ruang antara standard hotel atau premium hotel. Menunggu 45 minit untuk naik bas. Sebelum ini tunggu hingga cukup orang untuk 1 bas, sekarang diberi masa 45 minit sahaja. Mereka memahami, orang dah penat perjalanan nak tunggu lama sungguh buang masa. Menuju ke hotel. Dari tempat menunggu dah dengar hotel mana ditempatkan.
Pusat Kuarantin Wajib
Dan sesampainya di hotel, ya memang berhenti di hotel yang dimaksudkan di KL. Lebih kurang 20 orang dalam 1 bas, aku orang kedua terakhir yang turun dan selesai paling akhir. Ada sedikit tidak puas hati bila kami akan diberi connection room sebab terlebih seorang untuk 1 bilik.
Bila 2 bilik, maka bayaran akan berganda dan lebihlah bajet. Yang sana cakap tak benarkan yang sini cakap tidak benarkan. Kami ke sini bukan nak bercuti, nak berkurung saja. Bukan nak bilik besar, dapat tidur pun cukup.
Tunggu dan tunggu dapat juga letak 1 bilik dan tambah bed. Dari jam 9.30 di KLIA selesai hingga dapat bilik jam 3.00 pagi. Letih tak boleh nak cakap. Kuarantin wajib lah kami selama 14 hari bermula.
Ada orang merindui kami sampai bangun pun seawal jam 3.00 pagi.
#coretankuarantin
#kuarantin
#malaysiakuarantin
2 Replies to “Travel to Kuala Lumpur During COVID-19, 14 Hari Quarantine Wajib”