Bercuti Dengan Travel Bag Dari PTT Outdoor, Dari Kecil Jadi Besar Mudah Dibawa Jimat Ruang

Senanglah aku nak pergi bercuti lama selepas ini sebab dah ada Suede Foldable Travel Bag dari PTT Outdoor. Kalau  ada rezeki aku dapat pergi bercuti Negara China ke, Vietnam ke, Indonesia ke atau tempat-tempat orang pergi memborong sakan, dapatlah aku shopping lebih. Tak risau nak tambah bag, sebab aku bawa terus Suede Foldable Travel Bag selit dalam bagasi.

Suede Foldable Travel Bag

Apa yang aku suka tentang Suede Foldable Travel Bag ni, ia boleh dilipat menjadi kecil dan senang disimpan bersama pakaian. Bila nak guna, buka zip dan lipatan, maka terhasillah sebuah beg yang agak besar yang mana boleh memuatkan banyak barang. Aku suka material kainnya kalis air. Bila hujan, barang di dalam beg tidaklah basah. Nampak macam biasa, tapi beg ini boleh tahan lasak juga. Buktinya, korang tengok video di bawah, aku masukkan buku  yang berkilo-kilo beratnya.

 


Baca: Pengalaman Tidur di Dalam Hutan

Memandangkan hari pun dah dekat nak raya, mesti banyak nak bawa baju balik kampung. Maklumlah cuti panjang, anak-anak cuti sekolah dua minggu. Masa ini bergunanya Suede Foldable Travel Bag, buat simpan baju raya. Asingkan dengan baju harian yang lain. Ahli keluarga pun dah 5 orang, nak bawa beg setiap seorang pun dah tak kisah, sebabnya beg ini tak makan ruang yang banyak. Boleh letak di bonet belakang, di belakang kerusi, tempat letak kaki malah boleh dijadikan alas kepala semasa dalam perjalanan balik kampung yang makan masa berjam-jam tu.

 

 

Macam tak cukup pula buat koleksi satu beg ni. Aku kena tambah lagi Suede Foldable Travel Bag ni untuk setiap orang. Ada empat warna iaitu Dark Grey, Light Grey, Blue dan Orange. Untuk bagi seorang satu, lebih baik aku pilih 3 lagi warna yang belum ada kan. Barulah tak bergaduh. Biasalah anak-anak kan. Oren ini, aku dah cop untuk aku sendiri. Eh. Hahaha.

 

Mana nak dapat Suede Foldable Travel Bag ini?

Caranya pergi ke:

 

website

https://www.pttoutdoor.com/

Facebook

http://www.facebook.com/pttoutdoor

Instagram
https://www.instagram.com/pttoutdoor/

 

Travel Bag

 

Wait!! Ada tawaran menarik lagi ni. Guna kod diskaun: RAYA, korang dapat potongan harga sebanyak RM5. Jadi, korang dapat beli Suede Foldable Travel Bag dengan harga RM30 sahaja yer. Kan dah jimat, apa tunggu lagi grab lah sekarang. Kan aku beli borong, sold out pula..korang yang rugi.

 

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
3 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 thoughts on “Bercuti Dengan Travel Bag Dari PTT Outdoor, Dari Kecil Jadi Besar Mudah Dibawa Jimat Ruang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge