alang-alang dah dapat tiket percuma dari incik nuffnang
so, hari sabtu lepas baru berpeluang nak tengok
sekarang semuanya wayang cerita seram memanjang
tak sesuailah nak bawa anak-anak
lebih-lebih lagi anak masih kecilkan
nak tunggu wayang cerita famili bagai
dah tentu tarikh kupon pun dah tamat
cerita Alamak Toyol
budak berkaler hijau tu baru keluar
bolehlah nak bagi anak-anak tengok
seram komedi..pelakon si along dan angah lawak tu.
dan budak kecil telinga capang
selalu juga tengok cerita budak tu berlakon dalam cerita zoo dan geng bas sekolah yang pertama kakak yang suka tengok
panggung dekat dengan rumah adalah di Mines
pastu syarat kad kupon tu TGV Cinema punya baru boleh tunai
cerita baru lisa surihani bakal ditayangkan
cerita keluarga ni
mesti best.. 29 Disember 2011 baru nak tayang
kalau ada rezeki…kita akan pergi yer
ingatkan tak perlu keluarkan duit pun
tapi kena bayar harga tiket untuk kakak RM 8
sebabnya kupon tu hanya untuk orang dewasa saja
so, sekarang kupon masih lagi berbaki 2
last date 15 November 2011
aqeel syafiq dah rasa takut
bukan sebab cerita…cerita belum start lagi
tapi disebabkan bunyi sound yang kuat dan skrin besar gedabak kat depan tu
okeylah..mama dan kakak tengok cerita sampai habis
tapi!!!!
adik dan ayah
cerita yang tengok mereka
boleh sorang tidur dan sorang terlelap kat dalam tu
dengan bunyi sekuat-kuatnya
dah mata nak katup
tak boleh cakap apa kan…
saya bagi bintang kat cerita ni : 8/10