Lepas penat berjalan…tempat seterusnya adalah tempat untuk mengisi perut yang dah lama berkeroncong.. sebab utama datang sini memang nak merasa seafood terbaiknya… rata-rata semua yang bagitahu wajib singgah ke tempat makan TopSpot Food Court ini.. tokey kedai ramai yang chinese…tapi pekerja ramai melayunya..
TopSpot Food Court terletak ditingkat atas bagunan..kat bawahnya tempat letak kereta…masuk-masuk sana terus terkena ajakan singgah dari pekerja-pekerja setiap kedai..tapi kami semua pilih kedai no. 25..sebab apa? sebab pemandu van kami yang bagitahu makan kat situ…pemandu van tak ikut sama kerana jaga beg-beg kami yang masih belum check-in ke tempat bermalam.
mula-mula yang sampai atas meja..sambal, cili potong dan bawang putih..pastu air satu jag..air pula dari kedai lain…so, kena bayar harga air dahulu.
antara lauk yang dipilih oleh FIL, SIL dan Mr. Ery
kerapu masam manis..agak berbeza dengan masakan masam manis di semenanjung
sotong goreng tepung…ada rasa masin sikit..kemungkinan dicampur dengan telur masin
siakap masak stim tak silap…lauk paling last sampai
Makin lama..makin ramai yang datang makan kat sini… tak dinafikan masakannya sedap dan harganya berpatutan….cuma ema hanya pilih lauk kerapu masam manis saja..yang lain selera tekak tak boleh terima…tapi kesemua lauk habis licin..
Ingatkan malam esoknya nak datang lagi…tapi tak berkesempatan untuk singgah dan menikmatinya sebelum balik ke Kuala Lumpur.