Loading...
Restoran

Top Steak House, Lake Field, Sungai Besi

Selepas hantar korset kat customer di Nilai. perut pun berbunyi keroncong lagi-lagi hujan turun selebatnya. zaass, terus saja cari makan di kedai yang dah dekat dengan rumah…malas nak cari tempat yang tak biasa…Alhamdulillah, rezeki yang diterima malam itu, dikongsi bersama keluarga tersayang…biasalah kena pow dengan mr.ery dan anak-anak…bila ada rezeki lebih….hehehe.

Steak House

Sirap bandung kakak order, mangga mama punya, teh o limau ais mr.ery punya

Gelagat anak-anak tunggu makanan

Aqeel dengan gamesnya…mr.ery dengan whatApps nya

Selalunya, kalau makan kat steak ni ema akan order chicken chop…kali ini nak try menu lain..yang ini mix combo..masa order, pekerja yang ramah sangat ni cakap mix combo ini ada daging, ayam dan udang….tapi yang datang daging, kambing dan udang..so, kambing ema tak makan makanya…tak habislah..

Dan ini Steak Combo yang asalnya combo kambing dengan ayam..tapi kami tukar nak combo daging dengan kambing..mr.ery makan kambing…cuma tak dapat habiskan daging kambing ema sebab dah kenyang sangat.

Dah habis kami makan, last minit order chicken chop untuk kakak azwa…dia tak suka makan steak ni… katanya pedas tapi tak pedas sangat…dia punya sos tak berapa ummppphhhh..

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge