Filem Pendek TNB Chinese New Year 2017 –  Cooking Hustle

Dah tonton filem pendek Cooking Hustle TNB Chinese New Year. Kalau belum, jom kita tonton dulu.

 

 

Chinese New Year 2017

Kedatangan Tahun Baru Cina adalah paling ditunggu oleh kaum keluarga.  Malam tahun baru semua ahli keluarga tidak kira jauh atau dekat hadir untuk makan besar. Ahli keluarga yang hadir adalah lebih penting daripada apa yang dihidang di atas meja.  Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.

 

Mesej Dari TNB

Dari filem pendek tadi, kita dapat lihat bagaimana ketiga-tiga menantu cuba menambat hati mertua dengan cara menghidang makanan. Tiada perbincangan dan tiada kerjasama antara mereka bertiga. Masing-masing nak tunjuk kehebatan sendiri. Sikap masing-masing ini boleh menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan. Seperti hidangan tahun baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa begitulah juga ahli keluarga kita.

Peribahasa ada mengatakan ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’. Jika, adanya muafakat antara mereka, hidangan mereka pasti menjadi yang terbaik. Kebahagian tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.

 

Table of Harmony

 

Buka website

 

 

Klik unveil mystery dishes

 

 

Klik discover what mystery dish you are & join the table

 

Pilih A,B,C, atau D. Tunggu keputusannya.

 

 

Muhibbah Eggs

Mari kita tengok apa keputusan yang MamaEma dapat. Keputusan dari Mystery dish MamaEma iaitu “Muhibah Eggs”.  Ini bermaksud MamaEma adalah dalam kategori sebagai seorang yang berfikiran terbuka, mencintai dan menghormati semua orang tanpa mengira bentuk, saiz dan warna kulit. Memang betullah tu. Eh, macam terpuji diri sendiri pula. Korang pun boleh cuba. Seronok juga main klik-klik lepas itu share kat facebook. Bagi yang menyambut kedatangan tahun baru cina, MamaEma ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

 

Facebook: https://www.facebook.com/TNBCareline

Instagram:

Website:

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

13 Replies to “Tonton Filem Pendek Chinese New Year 2017 Dari TNB”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *