siapa yang ada lesen memandu?.. kalau ada jangan angkat tangan..sebab saya tak akan nampak pun…hehehehe….kalau tanya lelaki majoritinya ada lesen memandu…perempuan? perempuan sekarang pun dah ramai yang ada lesen memandu… jangan pandang sebelah mata saja… kekadang perempuan boleh kalahkan lelaki tau…. betul tak?
perempuan yang mempunyai lesen memandu ni selalunya perempuan yang bekerja kan… disebabkan tak mahu menyusahkan si suami hantar dan ambil kat tempat kerja makanya pandu sendiri…. ada yang tempat kerjanya sorang belah utara..sorang belah selatan… so kena pandu sendiri juga… kalau perempuan yang tidak bekerja ni…mereka ada lesen tak? mereka pun ada yea… ingat duduk rumah jaga anak… tak boleh bawa kereta ke?…..
selalunya kalau kita (perempuan) yang pandu kereta… akan berdoa janganlah berlaku sesuatu kejadian yang tak diinginikan… tapi kalau ia berlaku juga… jangan cepat gelabah…. mari kita pelajari kat sini…
- Seseorang pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh lantai
- Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
- Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
- Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
- Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki
- Pegang stereng dengan kuat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.
- Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan tekan brek.
- Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
- Jangan gunakan brek dalam keadaan ini
BONET TERBUKA (pernah berlaku kepada saya)
- Brek beransur-ansur
- Naik ke atas bahu Jalan.
- Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.
- Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan.
CERMIN HADAPAN PECAH (pernah berlaku setelah bonet terbuka)
- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
- Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.
LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
- Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
KENDERAAN TERBAKAR
- Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam.
- Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan minta bantuan pihak bomba.