resepi quaker oat
Product Review

5 Tips Kekal Cergas dan Bertenaga di Bulan Ramadan Dengan Menu Sihat dari Quaker Oat

Hari ini, hari ke-14 kita berpuasa. Alhamdulillah sehingga hari ini aku sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Anak-anak pun turut berpuasa dan belum lagi ponteng puasa. Waktu bersahur pun, aku masih dapat terjaga untuk pastikan keluarga aku bangun makan sahur lebih-lebih lagi untuk kakak dan abang.

Kita sebagai mak-mak ini bila waktu tengahari mula dah fikir nak masak apa waktu berbuka. Tapi bila waktu sahur tidak pula terfikir nak makan apa. Sebab apa? Sebabnya, waktu bersahur jarang sangat nak makan banyak seperti berbuka. Dan menjadi kebiasaannya, lauk berbuka yang lebih akan dipanaskan untuk bersahur. Macam aku, bila dah kelu nak masak lauk apa untuk sahur. Aku buatkan nasi goreng. Masakan paling mudah dan cepat untuk aku siapkan. Tapi khasiatnya macam mana?

5 Tips Sahur yang sihat

  1. Amalkan makan kurma kerana kurma merupakan pembekal tenaga yang paling baik untuk badan. Kurma adalah makanan sunnah yang cukup baik untuk sistem pencernaan dan memberi manfaat kepada tubuh.
  2. Banyakkan minum air kosong dari air manis. Macam aku, sahur kena ada air manis, boleh diminum tapi kena lebihkan air kosong. Contohnya: segelas air manis ditambah lagi dua gelas air kosong.
  3. Makan oat kerana oat dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan dan sangat mengenyangkan.
  4. Tidur awal dan jangan tidur balik selepas waktu sahur.
  5. Seboleh-bolehnya jangan skip sahur.

Mengapa Quaker Oat?

Hidangan sahur yang berkhasiat sangat penting bagi memastikan kita kekal bertenaga sepanjang hari dari waktu sahur sehingga lah iftar. Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia, membantu memberikan penyelesaian terbaik menerusi satu hidangan oat berjumlah 40g yang mampu membantu mengurangkan rasa lapar sehingga 4 jam!
  • Oat adalah sajian yang mengenyangkan kerana mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum.
  • Kandungan khasiatnya yang tinggi menjadikan ia lambat dicerna serta dapat membekalkan tenaga melalui pembebasan glukosa ke dalam salur darah.
  • Oat dianggap sebagai ‘Super Grain’ yang turut membekalkan nutrisi yang penting untuk kesihatan. Quaker Oats mengekalkan khasiat asli oat dengan menggunakan bijirin penuh seperti bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B, endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

Resipi Quaker Oat-Meal

Jika terlewat bangun sahur dan kejar masa untuk sediakan makanan, Quaker Oat adalah penyelamatnya. Aku lebih suka sediakan benda yang lebih menyenangkan. Buat bersama anak-anak pun boleh. Oat tak sedap? Dah namanya makanan sihat memanglah ada sesetengah orang tak boleh nak makan dan cakap tak sedap. Tapi kita boleh olah oat ini menjadi sedap dan menyihatkan. Aku pun sendiri tak boleh nak makan gitu jer. Jadi, untuk bagi oat sedap dimakan, aku buatkan oat-meal. Campur oat bersama, buah, kacang, kismis, kurma, coklat cips dalam satu bekas. Tuang yogurt dan susu segar. Masukkan dalam peti ais semalaman. Makan waktu sahur…kenyang sepanjang hari puasa.

 

resepi quaker oat

 

Dapatlah juga 3 botol oat bercampur kismis dan kurma, oat bercampur pisang dan mangga serta oat bercampur dengan badam. Satu botol sebelah kiri yang penuh tu, resepi oat dari kakak. Semua bahan dia masukkan.

 

resepi quaker oat

 

Bukan satu atau dua resepi saja yang boleh dibuat dengan menggunakan oat ni. Banyak, antaranya resepi biskut oat, bubur oat, kawan ema buat burger daging oat, nuget ayam oat, dan kepelbagaian resepi-resepi sahur berkhasiat dan hidangan untuk hari raya yang dikongsikan oleh Chef Anis Nabilah (chef Selebriti Malaysia). Ada di  Buku Resepi Quaker Oat.

 

Tadi pagi sahur, aku try minum Matcha Green Tea. Sedap dan rasanya seperti air teh hijau jer. Hanya tuang air panas. Tak perlu tambah apa-apa.

 

resepi quaker oat

 

‘Peraduan Resipi Oatsome bersama Quaker’

Nak menang pas sesi istimewa bersama Chef Ais Nabilah. Hanya perlu membeli satu pek Quaker Multigrain Cereal 400g, LIKE laman Facebook Quaker Malaysia dan komen ‘Berikan sebab mengapa Quaker Multigrain Cereal adalah padanan sempurna untuk membuat biskut?. 15 pemenang bertuah akan dipilih untuk menyertai Kelas Memasak Kumpulan Peribadi & Jamuan High Tea di Cafe Hyacinth. 150 pemenang saguhati akan menerima produk Quaker Oats bernilai RM50 seorang. Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/QuakerMalaysia atau www.quaker.com.my

 

SELAMAT BERSAHUR dan BERUPUASA!!!!

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
3 Shares

You may also like...

5 Comments

  1. Bestnya ada banyak resepi oat la. Oat mmg best kalau ambil masa sahur sebab perut selalu rasa kenyang

  2. baru tahu banyak je cra nak makan oat dengan sedap,kalau tak memang mengelak tak sukaaaa tak sdap hehehhe

  3. Bagus perkongsian ema pasal dunia oat, dulu juju anti oat, tak suka oat…tp baru2 ni kan tergerak hati nak beli oat sebab skrg dah insaf hahaha…nanti nak try la buat biskut raya oat sbb brand ni dh beli ritu buat campur dalam air booster.

  4. Terima kasih di atas perkongsian tips yg cukup menarik… boleh diamalkan untuk pemakanan sihat..
    Anuar recently posted…Combo Ebook Kewangan & Hartanah pada harga RM30 sahaja!!My Profile

  5. wahhh…menarik. baru tau ade macam2 cara nk makan dgn oat ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge