Tikus jadi bahan gelak kami

Tikus Pembawa Maut

Air kencing tikus boleh membawa maut. Petang-petang begini buat entry pasal tikus…tadi terbaca blog IntaNBerliaN yang tengah bengang dengan tikus yang mengjahanamkan segala makanan malah bekas pun..jahat giler ko yer tikus.
Tapi orang cakap, tak boleh sebut nama tikus ni..nanti dia datang menyerang..
Tetiba teringat masa balik kampung baru-baru ini… ada seekor tikus telah jadi bahan gelak kami.
Video ada ambil tapi ada dalam hp Mr.Ery…bila dimainkan video tu..tak menahan dengar kami gelak besar.
Waktu tu malam dan baru sampai dari KL.. masa berborak dengan my mom terdengar bunyi macam orang ketuk-ketuk cermin…kami bersangka ianya kucing kat luar.
Bila, my mom ke dapur…my mom ketawa besar…
Rupa-rupanya yang berbunyi adalah dari si tikus ni.
Hah, padan muka ko!!!! muncung ko tersangkut pada botol.
Dia melompat-lompat untuk keluar dari botol tu..sebab itu ada bunyi.
Punyalah kami bantai gelak besar sehingga lupa nak ketuk si tikus ni..
Alih-alih dia berjaya melepaskan diri.
Hai, tikus..akal ko memang panjang…umur ko pun panjang.

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge