bas kelantan musafir

Tiket Bas Musafir Balik Kelantan Cuma RM34… Jauh Lebih Murah Dari Bas Lain

Ada yang tak percaya aku beli tiket bas balik Kelantan cuma RM34 sehala..jauh lebih murah dari bas-bas lain. Ada yang tanya, sampai Kota Bharu ke? Iyea, sampailah…tak sampai kan..lain cerita pula keluar kat sini.

Walau rumah dekat dengan TBS pun, memang aku malas nak pergi cari tiket semata..baik beli online jer. Macam biasalah buka eticket tbs cari bas mana yang masih available. Lega masih banyak kosong walaupun dah dekat buka sekolah selepas cuti seminggu. Dalam masa yang sama sesambil tu aku online facebook masuk ke group beli tiket bas online.

Beli dari Group Beli Tiket Bas Online

Aku nampak satu post pasal bas MUSAFIR yang tawar harga murah untuk perjalanan balik KL ke KB.  Bas baru ke ni..tak pernah nampak bas MUSAFIR kat atas jalan sebelum ini. Aku tinggalkan komen kat group nak minta pengesahan..betul ke tidak. Harga beza dekat RM14 dari bas lain..Timbul juga kemusykilan…nak beli 2 tiket, memang jimat banyaklah.

bas kelantan musafir

Aku takut tiket cepat habis, terus aku whatsapp jer nombor yang tertera kat group tu. Dibalasnya mesej SILA BACA DULU SEBELUM MEMBUAT PEMBAYARAN…selesai baca aku balas “ok.faham”. Aku kalau boleh nak gerak siang hari, tapi siang hari bas lainlah… bas MUSAFIR ni hanya untuk malam saja.

Dah harga murah, dapat pula seat bawah.. terus setujulah. Buat pembayaran Instant Transfer ke Maybank. Hantar bukti pembayaran, bagi nama penuh dan ic penumpang dan pilihlah seat. Aku nak seat nombor 6B dan 5B..tapi orangnya rekemenkan seat 1B dan 2B…aku on jer..janji bawah dan bukan belakang.

Setel semua, aku diberi satu dokumen tiket dalam bentuk pdf…aku perlu download tiket ni dan print lepas itu perlu tukar di kaunter E,F,G atau H di Terminal Bersepadu Selatan, aras 3.

Hari Kejadian Nyaris Tak Jumpa Kaunter

Mr. Ery hantarkan aku dan kakak ke TBS.. tak parking pun sebab terlalu sesak. Aku perlu kejar masa nak tukarkan tiket kat kaunter. Aku perhatikan sederet kaunter yang ada..semua kaunter bernombor. Terus aku whatsapp orang yang jual tiket ni..kat mana kaunter E,F,G dan H.. tak jumpa…dah send mesej tu, baru terperasan kaunternya… depan-depan dengan kedai aksesori…nasib baik mesej tak dihantar..lupa on mobile data… terus delete…nasib baik..

Akhirnya dapat tiket sebenar untuk balik Kelantan jam 10:00 malam…tapi malam itu lewat sikitlah.. orang ramai nak balik. Aku ada tanya harga promosi ni sampai bila? Tak pasti harga ini sampai bila..maybe memang harga RM34 jer…sebabnya bas MUSAFIR ini bukan jenis 2 + 1…tapi 2 + 2. Okeylah, selesa juga.. Bas ini pergi ambil penumpang di Greenwood yea.. patutlah aku pelik laluannya pun beza.

Berhenti rehat di RNR Gua Musang.

bas kelantan musafir

Alhamdulillah, selamat sampai ke Stesen Bas Kota Bharu 5 minit sebelum jam 7:00 pagi.. Sepatutnya boleh sampai lagi awal..tapi siapalah kita untuk menentukannya.. pesta lampu merah di atas jalan.

bas kelantan musafir

Sesal Tak Beli Tiket Balik KL Dengan Orang Sama

Balik KL hari esok terus..hari Ahad. Pun aku tanya dengan orang sama..nak tiket siang…lega ada jam 2:30 petang.. Tapi kena naik di KB, aku nak naik di kampung halaman.. bas tak ikut situ…bas lain penuh. Walaupun boleh naik di Kok Lanas atau Machang, aku pula risau kan terkejar masa. Aku beli di eticket online, dapat satu bas ni jam 12:30pm naik kat kampung aku…terus beli.. aku ingatkan bas 2 tingkat rupanya 1 tingkat jer..nasiblah dapat seat single. Tapi bas ni tak sama dengan bas-bas lain yang perjalanan jauh…macam naik bas berhenti-henti… aduhaii..dahlah harga tiket RM40 lebih…Tak padan dengan harga… berhenti tempat makan pun lain. sampai KL dekat jam 12:00 mlm… kematu bontot duduk lama.

Lepas ini nak cari tiket bas online senang whatsapp jer nombor ni 0199441419.. bukan Kelantan saja..lain negeri pun boleh tanya dan beli.

Cuma aku harap pemandu bas yang berhenti di RNR Gua Musang tu akan bagitahu penumpang yang bas tunggu kat mana selepas rehat. Bagi yang kali pertama naik bas…bila bas turunkan penumpang di stesen minyak petron sebelah RNR, penumpang anggap naik kat mana dia turunlah.. boleh jadi resah bila tengok bas tak ada. Bukan kejadian aku, tapi kejadian anak member aku.

 

About emarieys

Ema has written 1203 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 Comments

  1. hye sis.. blh x share nombor yg sis contact tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge