Mandi pantai dengan mandi kolam..yang mana paling disukai?
Bukan untuk kanak-kanak malah orang dewasa pun.
Yang paling best menginap di Thistle Resort Port Dickson ini sebab ada kolam besar dan selesa untuk mandi..cuma pakaian yang bersesuaian sahaja dibenarkan masuk kolam..tak boleh pakai t-shirt.
First day, anak-anak dan mr.ery sampai..memang tak akan lepaskan peluang bawa anak-anak mandi kolam kecil…ini kali kedua mereka mandi kat kolam ni.
Walaupun resort ini ada kolam yang besar, tapi pantai kat area resort tak menarik…laut terlalu dekat dengan daratan…dulu boleh juga berjalan jauh melalui tepi-tepi air tu.. sekarang tak berani sangat..lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu.
Bukan main seronok mereka berdua… kebetulan ada dua buaian kat situ.
Hari kedua sambung mandi kolam lagi. kali ini mandi di kolam sebelah lain. sesuai untuk anak-anak juga. cuma besar aqeel tak boleh biarkan sendirian..dia lebih dalam sikit dari koman mandi di hari pertama..mandi di kolam ini untuk kali pertama…wah, memang syok habis..
Tengoklah aksi si aqeel dengan ayahnya..bukan main seronok
Eksyen berjalan dalam kolam tanpa dipegang..sambil jalan sambil nyanyi..tu yang tak menahan…
Memang berubah kaler kulitlah mereka berdua ini..pagi petang mandi kolam..perasan tak baju mandi kakak yang baru…beli kat bandar PD..yang lama dah macam ketat dan cekci..tak sesuai dah dia pakai..
Jeles tau..saya tak turun mandi…lupa bawa baju..
atas rumput tu kalau nak guling-gulingpun boleh.
Anak-anak lebih suka mandi kolam walhal air kolam pun ada bahaya sebab berklorin.