Loading...
AqeelAzwaFamilyParentingTravel

Berjaya Jejaki The Tip of Borneo, Sabah

The Tip of Borneo

Lewat bersiaran hari ini. ada event bersama Imam Feisal (Imam Besar Masjid New York). okey sambung cuti-cuti di sabah. Sebelum datang Kota Kinabalu dah berhajat nak ke Tips of Borneo ini lebih dari Kundasang. semangat datang jauh, akhirnya berjaya jejaki kedua-duanya. Ada yang hantar komen kenapa tak terus pergi ranau, sana ada hot spring poring. saya tak tahu pun ada tempat menarik lagi di sana

Perjalanan dari Kundasang ke The Tip of Borneo hampir 3 jam melalui Kota Belud. sepatutnya dua jam setengah dah boleh sampai, tapi ada jalan dibaiki sejauh 3 KM. so, bawa slow saja. maklumlah kereta orangkan.

 

 

Bila dah nak hampir dengan Kudat, mata kena selalu tumpu pada signboard. sebab signboard ke sana dah agak lusuh kalernya.dan satu, kita akan rasa was-was, betul ke jalan ini? sebab jalannya pun agak sunyi.

 

 

ada chalet untuk disewa

 

 

kami dah sampai sini..korang bila lagi…

 

 

 

Penghujung Borneo

 

 

 

sebelum bergerak balik mesti ambil gambar lagi

 

 

paling rasa penat me lah… aqeel tak nak jalan kaki..nak dukung memanjang…sabar ajelah…

 

 

penat turun..berehat kejap di pondok kat situ…muka berminyak-minyak…peluh meleleh-leleh

 

 

aqeel oh aqeel..

 

 

oh ya, kalau korang nak buat perjalanan seperti kami…pastikan minyak kenderaan diisi penuh tau….susah nak jumpa stesen minyak ni.. kami pun terpaksa pergi ke pekan kudat untuk isi minyak kereta

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE