Berimpikan bilik yang mewah? The St Regis Kuala Lumpur adalah tempatnya. Dalam banyak-banyak hotel pergi, hotel ini yang paling ada class tersendiri. Masuk hotel dah wow, apatah lagi masuk ke bilik tidurnya. Bagi aku untuk menginap di sini dengan kos sendiri, berpeluh nak membayar. Rezeki aku dapat bermalam di bilik mewah ini walaupun untuk satu malam sahaja.

Segalanya Hanya Dengan Elektronik

Masuk ke kamar, ‘wow’ lagi. hahaha, nampak sangat kejakunan di situ. Nak guna kemudahan perlu menekan button. Hinggalah hari esoknya baru tahu cara nak buka curtain. Punya takut nak tekan sebarangan. Baru perasan ada button untuk bukakan curtain.

Nak membuang pun elektronik. Jika berdiri dekat dengan jamban ini, automatik penutup itu terangkat. Boleh buat orang terperanjat.

Cuci pun main tekan-tekan saja. Pilihlah nak yang mana satu. Tapi syoklah juga..hehehe

Mulanya, ingatkan ini cermin. Tapi bukan. Ini TV.

Berbeza toiletries yang diberi dengan tempat lain kan. Ubat kumur pun ada.

Selama 1 malam stay di The St Regis, Kuala Lumpur langsung tidak sempat teroka persekitaran keseluruhan hotel. Lagipun yang dapat menginap di sini pun bukan urusan pergi bercuti. Tumpuan lebih kepada urusan kerja. Hanya sempat posing dengan kawan dalam toilet. Bayangkan toilet pun dah cantik, apatah lagi keseluruhan hotel ini.

Jadilah sebagai kenangan dapat menginap di hotel bertaraf 5 bintang ini. Ahaks.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “The St Regis Kuala Lumpur Hotel Bertaraf 5 Bintang”

  1. Wah mewah dan canggih la..Menarik kalau dapat menginap dekat sana dengan family kan.Syoknya.Terima kasih atas info yang dikongsikan.

  2. Vavavaaa… Seronoknya kalau dapat stay sini. Tetiba rasa macam orang kaya kannn….
    Canggih laaaaa banyak button tu. Peti ais dia… Ih my oh myyy…!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *