Layan Drama Bersiri dari Turki – PRISON YARD..Can’t Miss Every Episode

turkish drama series prison yard

Prison Yard,  drama bersiri dari Negara Turki.

Tajuk asal AVLU

Can’t miss setiap episod.

Nasib baik terus ada episod seterusnya.

Ingatkan drama terus habis, bila tersangkut pada part 2..mulalah tak boleh nak miss.

Part 2 hari itu, continue pada 25 November. tapi tak dapat nak tengok.

Neflix pula habis tempoh…terpaksalah tunggu adik bayar dulu..cause dia punya akaun.

First time tengok drama dari Turki, jalan cerita sangat best.

 

Sinopsis

 

Deniz adalah seorang wanita berusia pertengahan yang cantik dan menarik, menghadapi keganasan rumah tangga dalam jangka masa yang panjang. Suaminya, Hakan seorang yang suka minum alkohol dan menggunakan isterinya untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Walaupun mempunyai kehidupan yang kaya, Deniz tidak mempunyai kebahagian dan kedamaian di rumah. Demi anak tunggalnya Ecem, dia bertahan.

Pada satu hari, semasa Deniz dan Hakan bergaduh, Ecem menembak bapanya untuk melindungi ibunya. Disebabkan, Deniz tidak mahu anaknya dituduh atas cubaan membunuh, Deniz menyembunyikan kebenaran dan mengaku kesalahan.

Deniz dituduh membunuh suaminya dan dihantar ke penjara. Dia meninggalkan kehidupannya yang kaya dan dipisahkan dari anak perempuannya. Dia perlu belajar bagaiman untuk terus hidup di dunia yang baru ini. Dia takut dan mendapati dirinya di tengah-tengah tahanan dan pegawai penjara.

Terdapat 2 kumpulan dalam penjara dan setiap kumpulan ini mahu memegang kuasa. Azra dan Kudret adalah ketua kedua-dua kumpulan ini. Setiap banduan perlu memilih kumpulan mana dan perlu mengikut arahan kumpulan ini.

Deniz ingin bersama dengan semua tahanan sehingga sebutan kes. Dia tidak mahu mempunyai masalah sehingga hari itu. Tetapi dia mendapati dirinya di tengah-tengah perjuangan antara kedua-kedua kumpulan. DIa menghadapi keganasan, kekejaman dan ketidakadilan. Dia perlu membuat pilihan samaada sebelah Azra, sebelah Kudret atau pegawai penjara. Atau Deniz perlu membuat perintah sendiri dan undang-undangnya sendiri.

Drama ini, anda akan menyaksikan ketibaan Deniz ke penjara dan setiap perubahan dari seorang suri rumah yang takut kepada banduan yang berpengaruh. Adakah Deniz akan terbiasa hidup dalam penjara? Adakah Deniz akan menjadi ahli kumpulan Azra atau kumpulan Kudret? Berapa lamakah Deniz perlu tinggal di dalam penjara? Adakah Deniz dapat melindungi anak perempuannya di luar penjara?

 

Watak

 

Deniz: Dia seorang wanita cantik dan menarik. Semasa di universiti, dia bertemu Hakan dan berkahwin dalam masa yang singkat. Selepas melahirkan anak perempuannya, dia mula menanggung keganasan rumah tangga.

Azra: Dia mempunyai ibu yang suka minum alkohol. Kerana masalah ibu, bapanya meninggalkan mereka. Azra adalah salah satu banduan yang berkuasa di penjara.

Kudret: Dia kehilangan bapanya dan mengubah haluan. Dengan usaha sendiri, dia membina geng jenayah sendiri. Dia adalah tawanan yang kuat di penjara. Seorang wanita yang pandai dan strategik. Dia bercakap sangat sedikit tetapi pandai mempergunakan orang lain dengan mudah.

Genre drama “ACTION”

Watak setiap pelakon memang terbaik.

Tiada makeup tebal bagai…original face gitu.

 

 

About emarieys

Ema has written 1287 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : / /

One thought on “Layan Drama Bersiri dari Turki – PRISON YARD..Can’t Miss Every Episode

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *