klinik private

4 Bulan Di Sini, Dah Kena Jumpa Dermatologist

Private clinic juga kena cari.

Nasib orang berkulit ‘lokek’, sikit-sikit naik ruam.

Gatal-gatal…menggaru sampai luka.

Merebak habis 1 tangan.

Nak buat apa pun tak selesa.

Nak jumpa orang pun naik segan.

Nak masak apa lagi..nasiblah ada big boss yang tolong.

Tak tahu punca.

Sebab makan seafood ke?

Sebab sabun basuh pingggan ke?

Tapi aku syak sebab ikan bilis.

Bila berhenti makan seafood, still gatal

Bila basuh pakai sarung tangan pun still gatal

Bila makan ikan bilis..bertambah lagi gatal.

Mr. Ery pun sama rasa gatal cuma ia tak luka macam aku punya.

Gatal jer, Mr Ery gosok dengan garam.

Aku?

Time tidur lagi sedap menggaru..dengan baju punya kusyuk garu.

Sedar-sedar luka habis.

Dari setompok jer..dah jadi macam peta.

Dari sebelah..berjangkit ke sebelah lagi.

Stress.

Segala jenis bekalan ubat yang dibawa pun tak jalan.

 

Temujanji dengan Dermatologist

 

Sebulan hadap tangan gatal.

Tak tertahan lagi, terpaksa cari klinik

2 private clinic yang dianggap terbaik kat Conakry ni

Ambroise Paré Clinic dan 1 lagi kat bandar Kaloum (tak ingat nama).

Pergi ke Ambroise Paré Clinic, pakar kulit tiada hari itu

Pergi yang kat bandar Kaloum, tiada pakar kulit kat situ.

Last-last, seminggu juga kena tunggu untuk temujanji dengan pakar kulit di sini.

1 penyakit hanya 1 pakar jer yang ada.

Lain hari, lain tempat pakar berada.

Huhuhu…Bertabahlah.

Jam 11.00 pagi temujanji..jam 10.30 pagi dah terpacak kat situ.

Tunggu pakar sampai..akhirnya tak sampai-sampai.

Pakar busy kat tempat lain.

 

Temujanji lain, hari esoknya.

 

Nasiblah tak tunggu lama..dan nasib baik ada direct contact number.

Ke Donka Hospital akhirnya.

Yang bagus, tak perlu nak tunggu apa..terus dapat jumpa.

Yang tak bagus, tak faham sepatah apa.

So, kenalah bawa orang lokal untuk jadi pengantara.

Pakar kata, tak pernah lagi jumpa masalah kulit yang sama

Bukan sebab makanan seafood..tapi sebab makan mushroom.

Ermmm..

Pakar, listkan ubat yang perlu dibeli.

Semua ubat kena beli di farmasi luar.

Datang balik, untuk cucuk.

Selesai.

klinik dermatologist

Kemain menyengih bila dah selesai.

Seriau juga nak kena cucuk..dah lama tak kena jarum wey.

Dahlah cucuk sambil berdiri jer..sarung tangan pun tak dipakai.

Itu nasib baik picagari beli baru kat farmasi.

Kalau dioffernya ada stok picagari..mahu bagi yang dah diguna pakai.

Tunggulah serasi ke tidak ubatnya.

Elok ke tidak ubatnya.

Cepat-cepatlah sembuh aku punya tangan ni.

Beza jauh dengan perubatan di Malaysia..bersyukurlah.

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

3 thoughts on “4 Bulan Di Sini, Dah Kena Jumpa Dermatologist

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge