Cafe Whip and Whisk Tempat Best Surprise Birthday Anak Kecil

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Sekali pandang dari luar cafe, tak berani nak masuk. First impression, ini cafe untuk orang ada-ada, tampak exclusive, harga mesti mahal. Halal ke? . Tapi selepas pergi sendiri, tanggapan awal yang silap besar. Cafe whip and whisk ini adalah kepunyaan orang Islam dan pemiliknya adalah sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Kak Pah dan Abang Jaafar.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Selangkah kaki masuk ke cafe “wow, sedapnya bau” “wah, sedapnya kek”¬† ” wah, harumnya bau roti” “wah, bersihnya cafe” “wow, segarnya bau coffee” ” wah, tenangnya”.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai, Cheras

Bila scroll facebook, ternampak page cafe ini terus aku digoda dengan gambar-gambar makanan yang ditayang. Nampak sedap, rasa pula camana? Kan tak sama dengan realitinya. Banyak yang berlaku tu.. Sehari selepas balik Kuala Terengganu, aku pergi dan aku nak buktikan sama ada makanan yang diiklan dengan makanan di depan mata adakah sama membuatkan aku tergoda?

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Terbiasa dengan Alam Damai, Cheras sebab adik ipar stay sana. Tapi tidak pula aku perasan sebelum ini ada cafe halal yang boleh engkau lepak-lepak dengan kawan-kawan sambil minum petang. Cafe yang diusahakan oleh suami isteri ini bukan sebarangan cafe yang hanya ada jual coffee atau makanan ringan. Tapi di sini, ada menu untuk sarapan pagi seperti nasi kerabu atau nasi lemak. Makanan tengahari western food, Pasta, Sandwich, Kids Meal, Burger, Masakan local seperti  Mee Rebus, Mee Kari, Ayam Percik. Ada kek, kuih muih, roti, minuman panas dan sejuk. Di Cafe ini juga, mereka bake sendiri roti-roti dan kek yang dijual.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai
Nak makan apa?

Harga Berbaloi

Tengok pada menu, harga not bad. Tidaklah mahal pun. Berbaloi dengan harga dan makanan yang korang akan dapat. Portion dalam satu pinggan memang banyak, makan seorang pun tak akan habis. Lamb chop seberat 600 gram dengan harga RM30.00 sepinggan. Sangat sedap, daging yang lembut dan juicy. Sos lada hitam yang enak dihiasi kentang yang rangup.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai
Lamb Chop

Grill chicken chop berbeza dengan chicken chop di tempat lain dengan salutan 7 perisa sos. Sos apa? Itu adalah rahsia mereka. Kalau pandai, bila korang rasa..pandai-pandailah teka sos apa yang digunakan. Di bawah chicken ada wedges dan dihiasi dengan buah laici dan nenas serta taburan bijan iaitu jenama beg paling mahal di dunia…eh, silap.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai
Grill Chicken Chop Oriental Sauce

Roti John juga dalam portion yang besar dan memenuhi pinggan dengan lelehan sos serta keju. Walaupun makanan dah sejuk sebab ko sendiri yang lewat makan, masih lembut dan sedap.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai
Roti John

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Makanan yang dijual adalah terjamin kerana kualiti amat dijaga. Roti-roti yang dijual hanya akan dijual dalam masa satu hari setengah sahaja..Jika tidak habis terus dikeluarkan dari rak jualan.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Wajib cuba dessert dari Cafe Whip and Whisk iaitu Coconut Tart. Nama sangat biasa, tapi ia sangat popular dan yang paling laku keras. Rasa Coconut tart yang tiada di tempat lain. Serius.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai

Celebrate Birthday Anak Kecil

Nak celebrate birthday anak yang simple, boleh buat kat sini. Belikan kek sepotong pun anak dah happy sakan. Tempahan dessert untuk majlis-majlis pun ada. Penghantaran mengikut tempahan. Makanan yang tidak habis, jangan membazir. Tak baik tu… jadi, tapau bawa balik rumah.

Cafe Whip and Whisk Alam Damai
Belikan kegemaran Mr.Ery

Cafe Whip and Whisk ini baru 1 tahun berkhidmat. Tarikh hari ini, 10 Julai genap setahun. Aku doakan moga bisnes Kak Pah dan Abang Jaafar suami isteri akan maju dari setapak ke setapak dan setiap negeri ada cawangannya. Sekarang, hanya ada di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Folow rapat-rapat mereka di www.facebook.com/whitandwhiskbakeshop dan www.instagram.com/whipandwhiskkl atau hubungi 03-9107 3987. Cafe ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin mulai 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sempena 1st Anniversary Cafe Whip and Whisk, korang tunjuk poster di bawah akan dapat 10% diskaun bermula pada 10 hingga 15 Julai 2018. Jom pergi.

Alamat:

2-G, Jalan Damai Raya 2, Alam Damai
56000 Kuala Lumpur, Malaysia

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

(6) Comments

  1. menggoda jugak menu2 nya….

  2. Wahhhh ada diskaun tu, best!

  3. Terliurrrr lahaii

  4. Teringat ingat plak Chicken Chop tu, sos nya memang rare

  5. Selalu lapar bila baca entri pasal makan ni..

  6. huish nak kena pergi ni..macamnampak sedap je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE