As Salam Semua

Aduh, bulan puasa tiba makin malas pula nak bercerita… mood pun puasa agaknya…huhuhu..

Hari ke-4 berpuasa, dah terbabas bangun sahur… yang paling kesian si kakak lah…tak dapat puasa hari ini…nak nangis sebab tak puasa...”mama, kakak masuk syurga tak kalau tak puasa hari ini” …sayu pula bila dia cakap macam tu…dia berpegang pada kata-kata tokbahnya “siapa tak puasa, nanti akhirat akan duduk dalam air liur orang puasa sehingga paras hidung”…kakak…kakak.. semoga kamu rasa takut akan azab di sana sehingga kamu membesar yer sayang…akhirnya bersahurlah si kakak jam 7.00 pagi.

Ema nak ucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Ummiarissa atas pemberian hadiah sempena first giveway yang dianjurkan..minggu lepas lagi hadiah ini sampai kat opis…tapi disebabkan tidak sihat..baru dapat kat tangan…

dan inilah isi di dalamnya…mr,ery usik-usik manja kasi cucuk duri-duri pokok kaktus tu kat kaki

 

siap ada tulisan lagi di bawah ini

Terima kasih sekali lagi

p/s : tak sukalah  interface baru ini…susah sikit nak buat entry bergambar…

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *