Menerima Tetamu dari Malaysia Yang Berkahwin Dengan Warga Guinea

tetamu kahwin warga asing

Sebab kahwin dengan warga asing?

Perkahwinan mereka viral.

Perkahwinan mereka turut dikecam netizen.

Perkahwinan antara benua Malaysia-Afrika.

Jodoh mereka, siapa kita untuk menidakkannya.

Aku sendiri pun tak pernah kenal dengan mereka.

Hanya follow di laman sosial instagram selepas perkahwinan mereka viral.

Kerana kahwin dengan warga asing, lelaki berkulit hitam dari Guinea

Tetamu yang dimaksudkan,  Fila dan Adama.

 

Tetamu Pembawa Rezeki.

 

Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit, Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut.”

 

Dapat tahu Fila nak datang ke Guinea selepas tengok IG Story nya.

Walaupun tak pernah bersua, direct pm Fila, betul ke nak balik kampung suami?

Langsung, terus menjemputnya datang ke rumah jika berkelapangan.

Aku follow tradisi Ketua Canseri terdahulu yang suka melayan orang-orang Malaysia datang ke Guinea.

 

Baca: Rakyat Malaysia Yang Bekerja di Guinea

 

Jika berkesempatan dijemputnya ke rumah dan bawa ke tempat untuk pergi.

Itupun, sekiranya dimaklumkan berada di sini.

Terima kasih sudi datang ke rumah.

Pengganti SU3 dan KC pun masih baru, kontena pun belum sampai.

Senang hati menjadi pengantara.

Tak sempat nak masak pun…mujurlah ada Cherry Resto..delivery

kahwin jejaka guinea

Memang orangnya kecil molek, natural beauty.

Semoga perjalanan mereka ke kampung suami lancar.

Tiada domestic flight.

Perlu harungi lebih 22 jam dengan kereta dari Conakry ke kampung suaminya.

Tak salah pun kahwin dengan warga asing.

Yang penting hati budi, agama, keturunan yang baik-baik.

Negara Guinea,  85% pupulasi rakyatnya adalah beragama Islam.

 

 

About emarieys

Ema has written 1297 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : /

One thought on “Menerima Tetamu dari Malaysia Yang Berkahwin Dengan Warga Guinea

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *