tertinggal hp

Kepentingan Handphone.
seksa sungguh kalau tertinggal hp. sekarang hp nie boleh di kategorikan sebagai keperluan. aku tertinggal hp kat rumah. malam tu, pergi ke mines shopping center nak cari cover cpu. dah pergi sana, singgah juga kat giant cari hadiah untuk member mr. ery. punyalah panjang beratur kat cashier. untuk jimatkan masa, mr. ery dan kakak pergi ambik barang yang dibeli kat tingkat 3, dan berjanji jumpa kat booth mc’D.

sampai saja kat tempat janji tu, diaorang tak ada. dengan bawa barang dengan dukung si adik lagi. aku ke sana ke mari.pergi ke kedai yang nak ambik barang pun tak ada. dah rasa resah dan susah. penat dan letihnya. pergi cari public phone. dia punya sign tunjuk ada. tapi bila aku cari tak ada. mulalah angin satu badan. biarpun aku yang salah gara-gara tertinggal hp ni.

last2 jumpa juga diaorang kat dalam bangunan. kalau tidak, dah berniat mahu tunggu saja kat park kete.

sebelum balik rumah, singgah dulu kat kedai makan..pastu adalah adegan cam gini…

ayah : mana hp, kenapa tak bawa (dalam mood marah sedikit)

mama : lupa nak bawa, ada kat atas meja kat rumah..

ayah : kan susah tak ada hp, ada hp tapi tak nak bawa

mama : ala, bukan tak nak bawa tapi mama tertinggal saja..

tiba2….

kakak : nape ayah marah mama?

ayah : tulah, mama tak bawa hp…

kakak : nape mama tak bawa hp?

mama : mama tertinggal….

kakak : nape mama tertinggal…

mama : mama tak ingatlah kakak…

kakak : mama tertinggallah ayah. mama tak ingat nak bawa. hp mama tak ada bateri. tengah cas tu. (ayat sendiri tambah)

ayah dan mama : ermmm…..

About emarieys

Ema has written 1255 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge