As Salam
selalunya orang bawa anak-anak pergi bersiar-siar kat taman-taman kan
tapi saya bawa anak-anak pergi bersiar-siar kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan)
sebabnya saya nak ajar anak kenal dengan bas
besar-besar nanti takut tak tahu yang mana satu bas…yang mana satu keretapi.
lagipun TBS ni dekat sangat dengan rumah
mula tu dah minta izin dengan mr. ery nak bawa anak-anak ke Taman Tasik Perdana
tapi bila difikir..jauh dan susah tak ada siapa nak handle anak-anak dalam kereta nanti.
terus tak jadiiii…lagipun bahaya pergi sorang-sorang tak berteman dengan lelaki
anak lelaki ku masih lagi kecil
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
sejak terbinanya TBS ni..semakin maju kawasan-kawasan dekat sini
senang tau..LRT, Komuter, nak pergi KLIA Airport, bas-bas berhenti-henti semua ada
selain nak bawa anak-anak ni jalan-jalan
tujuan utama adalah hanya nak beli gula-gula saja
si kakak asyik duk ajak jom mama pergi kedai…nak beli sweets
janji anak-anak kena makan breakfast dulu
dah nampak baslah tu…. bagitahu mamanya
deepavali kan dah nak dekat
adalah deko-deko yang pakai beras tu kan
ikut suka hati dia jer duduk kat situ
nasib baik sempat tahan dia dari masuk kawasan beras-beras tu
kalau tak, habislah berterabur
itu LRT dik
entah projek apa lagi kat sana tu
bukan sebarangan orang boleh turun kat level 2
level dua hanya untuk orang yang punyai tiket saja
nampak tak polis bantuan dekat escalator tu (tengah main handphone)
hah, nak turun bawah kena tunjuk tiket dulu
so, bagi yang tolong hantar pun tak boleh turun
yang bas belum sampai pun tak boleh turun juga
baguslah juga..tidaklah sedut asap-asap bas
nak tengok bas dah ada ke belum
tengok kat papan berlepas dan ketibaan
ala….macam kat mana-mana airport tulah.
memang semualah dia buat cara seperti mahu naik kapal terbang
nak beli tiket pun kena tunjuk IC
sistem pembelian tiket baguss
tapi sistem perkhidmatan bas bagaimana?
bas baru atau buruk?
sama saja
Kemudahan
nak simpan beg-beg pun ada
tak perlu simpan kat orang
terus ada peti simpanan
dan buat password sendiri agaknya
di tingkat empat
tempat paling banyak adalah tempat makan-makan
kedai mamak layan diri punya
alamak, akak pandang sini pula
sori kak, saya nak ambil gambar kedai saja
tapi interprem akak sekali
adalah juga yang jual eksesori-eksesori, kasut, tudung, handbag
dan paling puas hati
adalah charge parkingnya
hanya RM 3.00 sekali masuk
tak macam KL Sentral yang mencekik darah bab charge parking ni
eh, mama…mesin ni bagi kakak duit RM 2.00
mestilah…dah mama kasi RM 5.00
hari ahad kami berempat pula pergi bersiar-siar