Pakaian bundle kisah apa pakai baju bundle kan. Kemain seronok aku balik Kelantan minggu lepas sebab sempat pergi tempat-tempat jual barang 2nd hand ni. Pergi kedai Raja Lelong Selising beli susu, pampers, sabun. Di Tok Bali hanya belikan toto, selimut, baju. Beli beras, cili kering, ikan bilis, ikan kering di kedai dalam kampung. Segala tempat murah aku pergi. Selama ini, tiap kali balik jarang sangat boleh pergi. Pasar malam bundle Tok Bali hanya buka Khamis malam. Tempat paling best yang banyak orang jual kena pergi pasar bundle Besut buka setiap hari jumaat. Lain kali kena pergi, hari itu tak sempat.

Tokol Bundle Machang Kelantan

Masa pergi pasar malam Tok Bali, Mr.Ery ada berkenan satu seluar hiking. Harga dalam RM25 sehelai. Rasa macam mahallah kan. tak beli lah jawabnya. Beli kain toto dan selimut. Aku pula dapat baju harian 3 helai RM10. Hahahaha. Jadilah kan. Itupun mama yang bayarkan. Beruntung tak aku.

Malamnya, kawan Mr.Ery datang rumah bawa satu tokol bundle. Entah masa bila Mr. Ery order. Jadi kerjalah, buka tokol, pilih-pilih yang mana elok-elok hingga jam 2.00 pagi. Dapatlah beberapa helai seluar hiking, seluar track, beg-beg untuk simpan selimut. Jawabnya, makin bertambahlah barang nak bawa balik KL. Esoknya…

Balik ke rumah mak mertua, abah pun teringin juga nak seluar bundle. Di sini tempatnya, kawan Mr.Ery beli. Dah dua kali aku datang sini, hari tu pergi cari baju kali ini cari seluar. Terkejut juga aku bila masuk dalam, nampak baju-baju setinggi gunung ni. Mahu pengsan nak selongkar barang bundle macam ni. Nasib baik cari yang tokol terus.. kira nasib. Dapat yang banyak elok, dapat balik modal..dapat yang banyak kurang elok..pergi cari lagi…hahaha.

Tenggelam terus dalam timbunan pelbagai pakaian bundle kat sini. Ada beberapa keluarga tengah selongkar di atas timbunan baju tu. Seronok pula aku tengok. Budak Ayra tengah merajuk. Aku suruh jalan pakai selipar, dia tak nak. Nak juga aku dukung dia.

timbunan pakaian bundle

Agak-agak berapa lama akan clear ni?

pakaian bundle

tingginya timbunan pakaian bundle

Rezeki Dalam Tokol

Dalam tokol Mr.Ery dapatlah 500 sen duit korea, dalam tokol abah tak ada rezeki tapi kawan Mr.Ery dapat rezeki lumayan.. dalam tokol dia ada 5000 duit korea 4 keping..tukar duit Malaysia dapat RM600 lebih. Terbalik-balik pulangan modal…boleh beli berpuluh tokol lagi… Itu namanya rezeki kan.

Tak reti pun bab ada jenama ke tidak jenama pasal bundle ni. Aku tengok macam sama. Tapi Mr.Ery tengok ada nilainya. Itu sebahagian seluar hiking yang ada dalam tokol Mr.Ery. Bawa balik KL, pergi dobi cuci. Ada sebahagian lagi belum dicuci. Agak-agak bila nak pakai ni?

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

11 Replies to “Tenggelam Di Dalam Timbunan Pakaian Bundle Yang Menggunung Tinggi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *