Tempat Shopping Di Langkawi

Kalau berniat datang ke Langkawi semata-mata nak shopping lebih baik baca blog mereka-mereka yang pernah datang ke sini…macam blog emarieys.com… sebab semua tempat harganya tak sama…u all kenalah suvey dulu… kalau semata-mata nak bercuti…berhoneymoon…eloklah cari penginapan kat area Pantai Cenang ni..sebab malamnya hidup.

Tempat Shopping Di Pulau Langkawi

Mari sini, aku kongsikan tempat untuk shopping-shopping.

1) Idaman Suri – sini paling ramai orang singgah sebab banyak jual pinggan mangkuk yang murah dan cantik-cantik..design terkini… tapi orang cakap bukan kedai orang islam.

2) Haji Ismail Group (HiG) – semakin maju aku tengok perniagaan Haji Ismail Group ini.. masa aku bertandang ke Langkawi bulan Mac 2013, kompleks HiG belum siap..tapi kali ini aku dah jejak kaki kat dalam sana…harganya ada beza dengan Idaman Suri…..tapi tak kisahlah…..janji ini kedai orang Islam kan…. kat sini, aku beli kain batik orang kirim…kalau kat pekan Kuah tu..sana sini ada HiG ni…. kompleks HiG satu jalan nak ke Idaman Suri…

 

 

3) SAGA – Aku tak tahu apa beza SAGA dengan HiG dan IS ni..masing-masing memang jual benda yang sama…tang harga mungkin yang berbeza…aku masuk SAGA ni sebab nak beli dua set gelas kiriman dari bos aku…tempat lain tak ada…hanya kat SAGA jer..oh lupa, SAGA hanya ada kat Pekan Kuah.

4) Beras Terbakar -Beras terbakar pun ada tempat orang meniaga tau…u all jangan ingat ini hanya tempat bersejarah saja..sambil tengok beras terbakar…sambillah shopping kat sini… kalau u all nak beli kain batik jawa…sinilah tempatnya…memang murah..dan kain pun berkualiti…

 

Beli Belah di Pantai Cenang

Mom aku pun ada kirim kain batik ni…so, sambil aku duk pilih-pilih coraknya. sambil aku tanya mom nak corak apa..eh3x,macamlah mom aku tu nampak corak batik tu kan…

5) Pantai Cenang – tahulah pentai cenang tempat sedap mata memandang.. sambil cuci mata…silalah cuti poket sekali….tapi pandai-pandailah cari…

 

 

6) Kedai-kedai kecil – biarpun kedai kecil tak dikenali tapi tahukah u all ada barang yang boleh dapat harga diskaun…contohnya rokok…amaran : rokok bahayakan kesihatan…semua dah maklum…tapi kalau dah tegar….amaran pun tak dilayan…

7) Jeti Kuah – Masa nak balik, aku sempat ronda kat jeti kuah.. aku rembat selipar jepun sepasang sebab selipar sebelum ini dah azab….sambil bayar harga selipar, mata terjeling kat shawl tergantung…murah..belas-belas jer harga…beza jauh dekat pantai cenang..rasa sesal tak beli…balik rumah baru nak sesal….yang syoknya mr.ery ler…dapat juga beli jam tangan okey…aku jeles!!!!

 

 

Sekian.

 

About emarieys

Ema has written 1179 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

About Author

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE