Loading...
Travel

Tempat Menarik di Negeri Perak Yang Patut Korang Pergi

Tempat Menarik di Perak

Tadi check di folder media, ada beberapa keping gambar belum lagi share kat blog padahal dah lama upload. Semua gambar masa pergi bercuti ke Perak. Sekali imbas, banyak kali juga pergi bercuti ke Perak ni. Ingatkan tak ada banyak sangat. Jom teroka tempat-tempat yang menarik untuk pergi bercuti di Negeri Perak.

Cameroon Highlands

Tempat paling ramai pelancong pergi bercuti. Aku sendiri pun ada beberapa kali pergi sama ada pergi bermalam atau menyinggah saja. Yang pergi menyinggah ni sebab nak balik KL ikut Cameroon Highlands. Makan angin dan minum teh o panas tempat sejuk. Pernah bermalam di hotel murah dan juga tidur dalam khemah. Memang sejuk. Antara tempat yang pergi:

  1. Taman Agroteknologi Mardi. Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Kawasan yang luas..Pelbagai jenis tanaman sayur dan bunga. Ladang teh pun ada. Mini zoo pun ada. Harga sayur dan buah lebih murah dari luar.

2. Lavender Garden. Tepi jalan dari Simpang Pulai. Harga tiket masuk RM10 dewasa dan RM7 kanak-kanak. Pelbagai jenis tanaman bunga. Bernasib baik masuk ketika musim bunga lavender maka nampak purple di situ.

3. Pasar Malam Brinchang. Alang-alang dah sampai Cameron Highlands jangan tak singgah pasar malam yer.. sayur lagi murah harganya.

Baca: Bermalam dalam khemah di Cameron Higlands

Bandar Lumut

Setakat bandar Lumut jer pergi, ke Pulau Pangkor itu belum sampai lagi. Menjadi pusat membeli ikan bilis bermata biru. Kedai murah untuk beli ikan bilis cari kedai nama Jamilah.

Mangrove Hill

Dekat dengan Bandar Lumut sahaja. Hanya berjalan kaki tengok paya bakau. Hati-hati dengan monyet yang berkeliaran. Masuk percuma. Informasi mengenai paya bakau tak ada.

Tempat Makan Sedap, Selera Kampung

Makan di Restoran Walid & Ummi. Selera kampung. Pelbagai jenis masakan lauk pauk. Sedap dan harga pun berpatutan.

Lost World of Tambun

Waterpark. Sini kena satu hari kat sana baru puas hati dan berbaloilah dengan bayaran harga tiket masuk. Ada petting zoo, kolam air panas dan lain-lain. Korang boleh search di blog ini dengan nama Lost World of Tambun, semua ada.

Menginap di Lavida Homestay

Banyaklah homestay yang boleh menginap. Menginap di Lavida Homestay ia dekat dengan MAPS. Homestay yang sangat luas. Lavida homestay ini kepunyaan Dato’ Seri Vida, Pengasas Qu Puteh dan Pamoga. Baca: Menginap di Lavida Homestay

Kellie Castle

Area Batu Gajah Ipoh. Sebelum balik ke Kuala Lumpur yang berkesempatan boleh singgah di Kellie Castle, sebuah istana lama yang menjadi pusat pelancongan. Harga tiket RM5 dewasa dan RM3 kank-kanak. Baca : Kellie Castle Berhantu?

Selamat Bercuti ke Negeri Perak Darul Ridzuan


About emarieys

Ema has written 1213 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE