Loading...
Restoran

Tempat Makan Restoran Chinese Muslim

As Salam!!!

Korang pernah makan kat kedai kaum lain selain kedai mamak tak? kali ini ema nak kongsi pengalaman ema makan di kedai kaum cina yang beragama Islam…asal mereka dari Negara China dan berniaga di area Sungai Besi..Lake Field Sungai Besi..tempat baru….

Dari kedai kecil di tepi jalan berpindah ke restoran dalam bangunan..itu tandanya mereka berjaya dalam perniagaan…tradisi makanan dari Negara China dibawa ke Malaysia sangat mendapat sambutan…

Mee Tarik

Makanan yang paling digemari kat sini adalah mee…yea, mereka membuat mee dengan tangan mereka sendiri..itulah dinamakan kedai Mee Tarik Warisan Asli….sambil menunggu makanan tiba…sambil tengok cara mereka bekerja….dan paling best..cara mereka menguli tepung..mengadun sehingga membentuk menjadi mee….sangat teruja…si azwa pun teruja sama..

Masa mereka berniaga di kedai kecil dulu, hanya tiga orang saja pekerjanya tauke, isteri tauke dan anak…tapi sekarang…dah bertambah..dan semuanya dibawa dari Negara China… cara mereka ambil order…kena tulis nombor meja dan nombor makanan pada kertas yang diberi…sebab ada antara mereka tak berapa fasih berbahasa melayu…cuma ada dua tiga orang pekerja Melayu yang buat air dan kemas meja…

So, malam minggu lepas bawa MIL untuk kali pertama merasa masakan ini. mula tu tak nak bila dengan masakan dari orang cina…tapi akhirnya memuji masakan mereka ini..malah MIL balik ke rumah asyik terbayang-bayang cara mereka membuat mee..

Dan hasil tangkapan kami malam itu….sorilah tak ingat nama masakan apa..tapi dalam buku order…ada di depan sekali…hehehehe…

Mr. ery punya….daging besar-besar…sedap

MIL punya…look like meggi kan…pun sedap

dan ema punya…. nak rasa kelainan sebab sebelum ini dah makan yang sama mr.ery tu…sedap dan pedas.

Masa kami pergi meja pun full..so, lama kena tunggu….makan pun sampai habis licin..bukan atas sebab lambat dan lapar..tapi memang masakan mereka sedap…nak komen sikit pasal air saja..air lambat sampai…itu saja..

Oh ya, air pun ada macam-macam tau…tapi kami semua belum merasa air yang pelik-pelik tu..tak adalah pelik sangat…cuma letak herba-herba jer…satu hari nak try juga..

So, korang ada teruja nak merasa tak…kalau teruja nak merasa..pergilah…tak pun meh kita pergi sama-sama…ngeh3x..

About emarieys

Ema has written 1178 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE