Tak kebulur sangat kat sini. Ada tempat makan yang boleh ditelan. Lainlah yang jenis cerewet bab makan. Banyak juga tempat makan yang aku dah pergi. Nasiblah ada orang yang bawakan. Semua tempat orang yang belanja. Terima kasih bos.
- Avenue
First day di Conakry, KC jemput dinner kat Avenue. dekat sangat dengan hotel yang aku menginap 3 hari. Jalan kaki pun boleh..tapi sebab malam dan aku pun baru sampai.. orang datang ambil. Lupa pula yang timing selepas maghrib kat sini, waktu Malaysia awal pagi..jet lag..lagi-lagi si Aqeel. Kat sini aku makan Spaghetti Aglio Olio. Mr Ery aku lupa menu apa…ala-ala nasi goreng. Pizza pun ada kat sini..boleh delivery.
Baru jumpa pegawai, malu-malu nak ambil gambar dinner malam itu. Tapi bila KC dah tahu, aku ada blog..setiap kali pergi makan, siap offer “nah, ambik gambar dulu masuk blog”…hehehehe. Yang pizza ni dari Avenue lah..delivery ke rumah KC.
- Amore Mio
Sebelah Avenue, kedai aiskrim nama Amore Mio. Pelbagai jenis perisa, sampai aku pun tak tahu nak pilih mana. Rasa pun okeylah..sedap.
Bekas paling besar, kalau tak salahlah. Boleh letak 4 perisa aiskrim. Ada juga kon dan bekas kecil-kecil.
- Epi Dor
Duduk santai-santai pekena coffee dan roti..rasa coffee memang ummph.. Kek pun ada. EO yang bawa sambil ronda-ronda bandar Kaloum. Sempatlah pergi ke tempat untuk riadah, boring-boring duduk rumah bolehlah pergi.
Baca: Riadah di Conakry
Beli cake untuk birthday KC pun kat sini…taste not bad walaupun kek dia tak span sangat.
- Les Jardins de Guinée
Datang makan tengahari, malam pun buka. Menu? Tak pakai buku menu, datang board menu depan meja…unik. Sepatah haram tak faham. Apa yang bos order, aku pilih yang sama. Nasi putih dengan ayam gulai. ayam dia besar sungguh…tak habis pun seketul.. nasi dia macam pulut.
- Restaurant Africana
Pun datang makan tengahari.. area bandar Kaloum. Order yang sama dengan orang lain.. macam nasi goreng ayam bakar. Sedap juga ayam bakar dia..
- Le Special
Le Special, memang special lah tempatnya..ada class..macam-macam ada..pakai google translate jer untuk tahu menu..order nasi dengan ayam..rasa macam nasi beriani..tapi lagi sedap…rasa berempah. Order kebab, sekali datang kebab yang tak bergulung..penuh satu pinggan..tak reti pula nak makan kering.. ratah sikit-sikit. daging bakar sedap. Cheese pizza. Siapa yang suka makan cheese.. konpem suka.
Lain-lain pun ada kat sini…ada kek, macaroon…cookies…
Pedas berapi
Bukan nama tempat pedas berapi tau.lupa pula apa nama tempat ni…kena tanya local staff..Tapi nak cakap memang makanan yang pedas berapi..bukan aku yang makan..Mr Ery yang makan. Nasi dia macam biji barli… makan dalam dulang, dengan kuah melimpah..aku tengok macam makan kari mamak bawah pokok kat Bangsar jer.
Pedas sampai menusuk hidung..pedas yang minta suap lagi..suap lagi… hahaha, nasiblah aku tak makan pedas..mahu melalak kat situ..eh. Sedap ke tak? Mr Ery cakap sedap.. cuma area tu kena tahan bau lah…dekat dengan fish market. Kira nasib Mr Ery baik, masa pergi tak ada bau.
Rakyat sini ramai juga beragama Islam. Nak dapat barang halal taklah susah mana. Nak beli daging pun dia ada tulis daging halal dengan tak.
Yakin dan Tawakal.
Harga? Jawabnya tak boleh selalu makan kat luar.
Yang roti kebab tu kalau kat Abu Dhabi panggil kubus.. makan tu 4-5 keping dengan ayam goreng tambah dengan sayur segar macam carrot, bawang, salad. Tengok style conakry macam lain sikit. Hoho
Hafiz Rahim recently posted…Sudah 6 Bulan Masuk Kelas Renang, Dah Pandai Berenang Ke?