Assalamualaikum. Ini kali kedua ema membuat tempahan penginapan melalui booking.com. Sebelum ini, ema pernah tempah Hotel Swiss Garden, Kuala Lumpur untuk kawan dari Singapura. Dan kini, tempahan melalui booking.com untuk penginapan di luar negara iaitu di Vietnam.
Tempahan hotel melalui booking.com juga sangat senang kerana boleh tempah hotel tanpa menggunakan kad kredit. Kita boleh membuat tempahan dengan menggunakan kad debit (yang baru) walaupun dalam akaun duit tidak mencukupi. Kalau tak caya, cubalah.
Tempahan juga boleh dibatalkan secara percuma. Tetapi tempahan perlu dibatalkan sebelum dari tarikh yang dibenarkan.
Bayaran hanya dibuat semasa check-in di hotel yang ditempah sahaja. Jika tempahan tidak dibatalkan dan anda tidak jadi untuk bercuti, maka bayaran akan ditolak melalui akaun anda.