Loading...
Special Day

Majlis Bertunang Biru Pink

Majlis bertunang tema warna muda pink dan biru adalah majlis pertunangan adik ipar bongsu pada 1hb Jun baru-baru ini. Inilah hasil kerjasama semua ahli keluarga. Abah mertua tukang buat tempat duduk. Mak mertua tukang jahit kain dan sarung bantal serta baju tunang. Adik ipar tukang hias dan buat hantaran dan aku tukang ambil gambar je.

Tema Biru Pink Untuk Majlis Tunang

Majlis di awal pagi dimulakan dengan marhaban kaum wanita. tak sangka kehadiran marhaban kali ini sangat ramai walaupun pada hari yang sama masih ada 6 majlis lagi.

Hasil perbincangan antara dua keluarga InsyaALLAH, majlis akad nikahnya akan diadakan pada bulan November 2013 di Kelantan.

dan yang ini adalah tukang>>>>

>

>

>

cuci pinggang mangkuk..serius nampak…

Itu kerja yang last…. tapi ada kerja yang aku tak boleh nak buatkan…contohnya yang ini
Semua ada tugas masing-masing. apa yang penting…kerjasama….
Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan ini.
notajari : majoriti satu negeri…senang nak balik raya…

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge