AWAS!!
kejadian ini tidak akan keluar di mana-mana surat khabar mahupun berita- berita di televisyen..kejadian tembak menembak ini berlaku pada hari Sabtu, 26 Mac 2011 di Laman Heliconia, Tasik Perdana Kuala Lumpur. mereka semua telah menembak anak sendiri dan anak buah dengan menggunakan kamera DSLR yang berjenama….
hahahaha…gempak tak tue?…
memanglah tak masuk suratkhabarkan….
sebenarnya ia adalah Bengkel DSLR Percuma, Teknik Fotografi Merakam Potret Anak-Anak anjuran Encik Adhadi Mohd.semestinya saya pun takkan melepaskan peluang..
free lah katakan….

 

foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd

foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd

foto : dari Facebook Encik Adhadi Mohd

pembelajaran yang amat bermakna biarpun tidak lama kat sana.kebanyakan anak-anak dah mula merengek-merengek sebab kepanasan…

from my camera D60 saja

semestinya saya membawa seorang saja model ni…seorang lagi tinggal kat rumah pengasuhlah… mr. ey pula kena kerja..

tak tahu nak cerita panjang lebar..layan saja gambar-gambar yang tak seberapa nie..huhuhu



suka sangat si kakak bila dapat belon… siap nak minta untuk adiknya sekali….

bersinaran dengan flash tembakan dari kamera-kamera diaorang ni….

tak disangka sandal si kakak pula boleh putus time ni…

terpaksalah saya mendukung dia……

muka tahap kepenatan

kakak dipuji oleh Encik Adhadi kerana pandai menggayakannya……

hooreeyyyyy!!!!

pengalaman yang bermakna….harap-harap dianjurkan lagi…

inilah pertama kali saya jejak kaki kat sini.padahal tempat ini hanya sekangkang kera saja dengan opis saya…tempatnya amat cantik sekali…sesuai sangat nak bawa anak-anak beriadah di sini…lain kali nak bawa si adik pula…. kesian asyik kena tinggal jer….

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *