Jarang-jaranglah bila balik Kelantan, pergi belah Kota Bharu kalau tak ada kerja. Dah ada kenduri adik ipar di KB, alang-alang boleh try lah sedap setaro mano teh tarik madu pak mat pulau pisang ni. yang sohor sangat kan.
Perut masih kenyang pekena nasi gulai abe nik kat tempat kenduri, terlajak dulu ke arah pantai cahaya bulan. nak mandi tdaklah, pantai dah ditambak tinggi benar. nak main air tepi-tepi pun tak boleh dah. lepak-lepak pekena angin deras, tengok orang main layang-layang… sampai terbang jauh, kesian tengok sorang brother lari kejar layang-layang dia. agak bahaya juga bila dah terlepas tali…jawabnya memang terlepas laa.
Teh tarik madu pak mat
Dah perut mula masuk angin deras, rasa lapar..barulah pergi cari kedai teh tarik madu pak mat ni. Kat pantai cahaya bulan nampak sign di gerai ada jual teh tarik madu kat situ, tapi nak lah rasa yang original punya kelebihan. kotlah yang kat gerai ni yang tiru punya. Pakai waze pun boleh salah jalan, waze lambat pikap orang kata.
Dari pantai cahaya bulan, simpang dia belah kanan la. ada signboard besar medan ikan bakar. so, area situ-situlah kedai teh tarik madu pak mat nya. Sekali, bila dah sampai sana, orang tengah berkemas dah… rupanya setakat jam 4.00 petang jer kedai dia beroperasi. huhuhu.. tak leh rasa. Tapi taklah ralat sangat, sebab ambo tak minum air campur susu ni…lainlah Mr.Ery.
Dah tak dapat minum air teh tarik madu, singgahlah restoran kat medan ikan bakar ni. Kalau malam dah tentu order ikan bakar. ini baru petang, order pencuci mulut lah yea.
Sambil layan minum petang, sambil tengok bot-bot yang lalu kat tepi restoran ni. Kira okeylah minum petang kat sana. Ada pelbagai juga minum petangnya. Lain harilah kita pekena teh tarik madu dan sup ikan di warung pak mat pulau pisang ni. Kena datang awal-awal, janganlah pula pergi hari Selasa…Hari selasa tutup.
sedap nampak anak dara tu makan
raihanahahmad recently posted…Segmen Dua Kerja Apa Kata Blogger
alamak kempunan la pulak ya, lain kali la pegi
Raihanah Ahmad recently posted…Kesan Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Ke Atas Penghidap
Tak tahan tengok sotong tuuu…
ho..ho..bestnya kalau dapat santai begitu,..saya pun nak la
mrhanafi recently posted…Platform Terbaik Untuk Blogger Berkarya
teh tarik madu.
sedap tu.
nyum..nyummmm..
titan recently posted…RM7000 dari Jobdirumah secara PART TIME.
Famous betul teh tarik madu ni. Ok thanks mention kedai tutup hari selasa.
Fatin recently posted…Review Pince & Pints Lobster @ Bangsar, Kuala Lumpur