Assalamualaikum. Tahun ini team raya Kelantan. Ala, tak pelik pun. Memang setiap tahun akan beraya di Kelantan. Walaupun setiap tahun beraya di Kelantan, tapi ini first time pagi raya beraya di Machang, Kelantan. Belah keluarga mertua. Tahun ini, semua adik-beradik Mr.Ery beraya bersama.

Balik Kelantan ikut laluan alternatif sendiri.

MamaEma bertolak balik ke Kelantan hari Jumaat tengahari dua hari nak raya. Hari Khamis lagi, jalan dah mula jem.. makanya hari jumaat pun jalan masih jem. Disebabkan tak nak rasa nazak jem, kami ikut laluan alternatif sendiri. Walaupun jarak kilometer bertambah, tapi ianya tidak membosankan.

Laluan alternatif, kami ikut highway ke arah utara. Masuk jalan Duta..masuk highway..keluar Slim River. Kenapa keluar Slim River? Selepas Slim River, ada traffic sebelum Tapah. Dari Slim River pergi ke Sungkai pergi ke Tapah naik ke Cameroon Highlands.. siap berhenti shopping sayur dan buah Strawberry yang memang murah harga..turun ke Lojing.. jumpa Gua Musang…dari Gua Musang ke Kuala Krai, sekali lagi masuk laluan alternatif ikut Mengkebang… dan selamat sampai di Machang, Kelantan dalam masa lebih kurang 8 jam dengan bayaran tol RM13.20. Sepupu gerak jam 5.00 pagi ikut jalan biasa, sampai di Machang jam 11.00 malam. Kesian, jem teruk di highway Karak dan highway baru Merapoh-Lipis.

Pagi Raya Pertama

Kecoh betul pagi-pagi raya dengan gelagat anak menantu dan cucu semua. Nak siapkan anak-anak, nak menggosok baju raya lagi..nak pergi sembahyang raya lagi..nak makan lagi.. time ni si Ayra pula tak berapa sihat. Sembelit. Selepas masuk ubat dalam punggung, barulah okey. Anak-anak dah melawa dengan baju raya, ada pula yang mood tak baik.. Biasalah dah dipaksa bangun awal pagi.

Cucu-cucu Haji Haris dan Hajah Maimunah

Selepas sembahyang raya, barulah boleh nak bergambar sekeluarga. Itupun huru-hara jugalah. Walaupun semua anak menantu pagi raya di Machang, Kelantan tapi tetap tak cukup korum. Seorang menantu tak balik beraya..offshore.

Keluarga Mertua
Beratur salam duit raya

Tema Raya Tahun Ini Warna Brown

Alhamdulillah, dapat juga sediakan baju raya anak-anak ikut tema. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang perlu berjimat cermat. Terasa sangat dengan perbelanjaan sekarang. Baju Melayu Mr. Ery dan Aqeel beli sedondon dengan harga tak sampai RM130 untuk dua pasang.  Samping dan songkok pakai yang sedia ada. Baju anak perempuan, dari lebihan kain raya MamaTok tahun lepas, yang jahit TokMa. Belikan mereka skirt saja. Baju MamaEma pula kain pasang batik, hadiah dari Mr.Ery sempena hari lahir MamaEma tahun lepas. Upah jahit di kampung. Tudung pun pakai yang sedia ada.

Minggu ini masih mood raya lagi kan. Dah masuk kerja, masih bermalasan nak buat kerja. Dan hujung minggu ini juga mesti penuh dengan jemputan open house. Yea tak?

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Team Raya Kelantan. Tema Raya Tahun Ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *